More

    vivo X Fold 2 dan vivo X Flip bakal dilancar, tampilkan cipset SnapDragon 8 Gen 2 dan skrin 2K

    Awal tahun ini, vivo melancarkan telefon pintar lipat vivo X Fold dan diikuti oleh vivo X Fold+. Barisan telefon lipat ini tidak berhenti begitu sahaja. Akhirnya, vivo X Fold 2 akan dilancarkan tahun depan dan beberapa spesifikasi peranti telah didedahkan.

    vivo X Fold 2 dijangka hadir dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2 yang terbaharu. Ia akan dilengkapi dengan kamera Sony IMX866, menampilkan skrin 2K dan lebih ringan berbanding edisi sebelum ini.

    Selain itu, vivo juga akan melancarkan satu lagi peranti membawa nama vivo X Flip dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Nampaknya, peranti ini akan bersaing dengan Samsung Galaxy Z Flip4 dan OPPO Find N2 Flip. 

    vivo akan melancarkan vivo X Fold 2 dan vivo X Flip dalam penggal pertama 2023, berkemungkinan besar pada bulan April. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...