More

    vivo Y17s dilancar: Cipset Helio G85, bateri 5,000mAh, dwi-kamera 50MP bermula ~RM690

    vivo telah melancarkan telefon kelas permulaan terbaru di Singapura iaitu vivo Y17s. Telefon ini menampilkan spesifikasi yang sekadar mencukupi untuk kegunaan harian, namun dengan bateri yang sangat besar.

    Ia dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.56 inci dengan resolusi HD+ (720×1612), kadar segar semula 60Hz dan kecerahan puncak 840 nits sahaja, membuatkannya agak ketinggalan untuk telefon yang dilancar pada 2023. Rekaan luarannya mempunyai port USB-C, bicu audio 3.5mm dan rating kalis air IP54.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Helio G85, RAM 6GB, storan dalaman 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSD dan sistem operasi Android 13.

    Baterinya berkapasiti besar iaitu 5,000mAh, sama dengan telefon yang jauh lebih mahal dan menjanjikan tontonan video YouTube selama 19.67 jam. Ia menyokong kadar pengecasan pantas 15W.

    Untuk fotografi, ia mempunyai kamera utama 50MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP dalam takuk (notch) berbentuk titisan air di atas skrin. Selain itu, ia turut menyokong hubungan dual-band Wi-Fi, Bluetooth 5.0, GPS dan dwi-kad SIM.

    vivo Y17s akan dijual dalam pasaran Singapura pada harga SGD199 (~RM690). Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Jika anda berminat untuk memiliki telefon vivo Y, produk yang terbaru di sini ialah vivo Y78 5G yang dilancar pada bulan Ogos lalu dan dijual pada harga RM1,399.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo Singapura

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured