More

    Vivobook 14 dan Vivobook 16 dilancar di Malaysia dengan pilihan cipset Snapdragon, AMD dan Intel, bermula RM2,999

    Selain model fleksibel ASUS Vivobook 14 Flip dan 16 Flip, ASUS Malaysia turut melancarkan versi terbaru bagi laptop AI ASUS Vivobook 14 dan Vivobook 16 untuk tahun 2025. Laptop AI ini ditawarkan di Malaysia dengan pilihan pemproses Snapdragon, AMD dan Intel.

    Model Vivobook 14 dan 16 kini dilengkapi pemproses Snapdragon X dan AMD Ryzen AI yang menawarkan prestasi NPU sehingga 50 TOPS. Sementara itu, Vivobook 16 menggunakan pemproses Intel Core Ultra (Siri 2) yang mampu mengendalikan tugas-tugas AI harian dengan lebih lancar. ASUS juga mendakwa bahawa laptop ini mampu bertahan sehingga 29 jam dengan satu cas penuh manakala pengecasan pantas selama 49 minit boleh meningkatkan kapasiti bateri sehingga 60%.

    Daripada segi sambungan, laptop AI ini hadir dengan pelbagai port I/O termasuk dua port USB-C yang menyokong pemindahan data pantas, DisplayPort dan kuasa. Ia juga mempunyai dua port USB 3.2 Gen 1 Type-A, port HDMI serta bicu audio kombo untuk keperluan sambungan yang lebih luas. ASUS turut menambah saiz pad sentuh sehingga 30% lebih besar dan menyokong Smart Gesture.

    Vivobook 14 dan 16 hadir dengan reka bentuk ringan dan nipis dengan berat bermula daripada hanya 1.46kg dan ketebalan 1.79cm. Ia juga mempunyai engsel 180° yang membolehkan skrin dilipat sepenuhnya. Walaupun rekaannya ringan, binaannya tetap kukuh dan memenuhi piawaian ketenteraan US MIL-STD-810H.

    Bagi pilihan warna, model 14-inci hanya tersedia dalam warna Platinum Gold manakala model 16-inci hadir dalam pilihan Cool Silver dan Quiet Blue.

    Laptop ASUS Vivobook 14 dan 16 akan mula dijual melalui semua pengedar sah ASUS di Malaysia dengan harga seperti berikut:

    • ASUS Vivobook 14 / 16 (A1407QA / A1607QA): RM2,999
    • ASUS Vivobook 14 / 16 (M1407KA / M1607KA): RM3,499
    • ASUS Vivobook 16 (A1607CA): RM3,399

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi ASUS Malaysia di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured