More

    WIKO 5G dilancar: SD 695 5G, skrin 6.78″ 120Hz dan kamera 108MP bermula ~RM1,270

    Jenama teknologi Perancis, WIKO secara rasmi telah melancarkan telefon pintar WIKO 5G untuk pasaran China. Untuk pengetahuan, WIKO 5G telah memperoleh pensijilan HarmonyOS Connect. Peranti ini tersedia dalam dua pilihan warna warna iaitu hitam dan kelabu dengan ketebalan 7.95mm dan berat 191g.

    Bahagian belakangnya mempunyai kemasan matte dengan menggunakan teknologi benang kaca Organza tiruan. WIKO 5G dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G dengan proses 6nm. Ia menggunakan skrin LCD 6.78 inci beresolusi 2388×1080, kadar segar semula 120Hz dan bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 66W.

    Ia juga mempunyai kamera utama 108MP Samsung S5KHM2, kamera kedalaman 2MP, ultra lebar 8MP dan makro 2MP. WIKO 5G akan dijual secara rasmi pada 30 Disember untuk pasaran China dengan harga ialah 1,999 yuan (~RM1,270) untuk varian 8GB + 128GB dan 2,199 yuan (~RM1,905) untuk 8GB + 256GB.

    Terdapat juga laporan sebelum ini di mana WIKO 5G merupakan peranti HUAWEI nova 9 SE 5G yang dijenamakan semula. Kami masih menunggu pihak WIKO untuk memberikan kenyataan rasmi tentang ketersediannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan WIKO 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    Penuntut Monash menang James Dyson Award 2026 Malaysia menerusi peranti ZeMor

    Pelajar tahun akhir kejuruteraan dari Monash University Malaysia, Hayley Nea Iaduray, diumumkan sebagai Pemenang Kebangsaan James Dyson Award 2026 menerusi ciptaan peranti...

    Samsung Galaxy A08 dilancar dengan bateri 6,000mAh dan kemas kemas kini OS 6 tahun

    Samsung melancarkan telefon pintar kelas asas baharu iaitu Samsung Galaxy A08 secara senyap untuk pasaran global. Peranti ini memfokuskan kepada ketahanan penggunaan...

    NaviX Ultra: Cubaan kedua Nubia buat telefon AI

    Nubia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu Nubia NaviX Ultra dalam pasaran China. Peranti ini dipasarkan sebagai telefon berasaskan ejen AI...

    Xiaomi 18 Pro disahkan hadir dengan aplikasi AI sendiri pada skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan siri Xiaomi 18 Pro hadir dengan paparan skrin belakang dipanggil Versatile Back Screen yang menyokong pemprosesan aplikasi jana AI. Ciri...

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured