More

    Xiaomi 13 dan 13 Pro muncul di pensijilan NBTC serta BIS, pelancaran global tidak lama lagi

    Pada Disember lalu, Xiaomi melancarkan telefon pintar andalan terbaharunya iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Walau bagaimanapun, pelancaran itu hanya untuk pasaran China dan masih menunggu kedua-dua ini diperkenalkan ke pasaran global. Kini, model global telefon ini mula mendapat pensijilan di negara selain China.

    Xiaomi 13 Pro global telah dikesan dalam pangkalan data Biro Piawaian India (BIS) dan juga NBTC Thailand. Nombor model untuk telefon ini ialah 2210132G. Xiaomi 13 juga telah diperakui oleh NBTC dengan nombor model 2211133G. Dalam kedua-dua nombor model, “G” akhir itu bermaksud “global”.

    Xiaomi 13 hadir dengan skrin OLED 1080×2400 6.36 inci 120Hz, cipset Snapdragon 8 Gen 2, RAM 8/12GB dan storan 128/256/512GB. Bahagian belakang terdapat kamera utama 50MP dengan OIS, ultra lebar 12MP dan zum optik 3.2x 10MP. Bahagian hadapan pula terdapat kamera swafoto 32MP.

    Baterinya berkapasiti 4,500 mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 67W, pengecasan wayarles 50W dan sokongan pengecasan wayarles berbalik 10W. Xiaomi 13 Pro berkongsi banyak spesifikasi tersebut tetapi mempunyai paparan 6.73 inci 1440×3200 yang lebih besar, bateri 4,820 mAh dengan pengecasan berwayar 120W dan persediaan kamera belakang yang berbeza.

    Varian pro hadir dengan kamera utama 50.3MP dengan OIS, ultra lebar 50MP dengan autofokus untuk makro dan zum optik 50MP 3.2x. Adakah anda berminat dengan peranti ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Twitter 1|2

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured