More

    Xiaomi Book Pro 2022 dilancar: Komputer riba dengan skrin 4K OLED dan Intel Core i7 bermula ~RM3,895

    Selain melancarkan siri telefon pintar Xiaomi 12S semalam, Xiaomi turut melancarkan sebuah komputer riba multimedia iaitu Xiaomi Book Pro 2022. Komputer riba ini menampilkan skrin OLED E4, badan yang dibina dengan proses CNC, cipset Intel dan unit grafik Nvidia.

    Komputer ini terdapat dalam dua saiz skrin iaitu 14 inci dan 16 inci. Ia mempunyai nisbah aspek 16:10, nisbah skrin-ke-badan 90%, gamut warna 100% untuk sRGB dan DCI-P3, sokongan Dolby Vision dan nilai delta (Δ) E sebanyak 0.33 untuk skrin 16 inci dan 0.43 untuk skrin 14 inci. Skrin ini dibina dengan kaca Gorilla Glass 3.

    Skrin 16 inci mempunyai resolusi 4K dan pengiktirafan VESA DisplayHDR 400 untuk mencapai kecerahan puncak 600 nits, manakala skrin 14 inci pula mempunyai resolusi 2.8K dan pengiktirafan DisplayHDR 500.

    Untuk prestasi pula, model paling asas mempunyai cipset Intel Core i5 dan GPU NVIDIA MX550. Buat mereka yang inginkan prestasi lebih pantas, ada varian yang mempunyai cipset Intel Core i7-1260P dan GPU NVIDIA GeForce RTX 2050.

    Memorinya boleh dilengkapi sehingga RAM LPDDR5 16GB dan storan SSD PCIe 4.0 512GB. Sistem operasinya adalah Windows 11, manakala pad penjejak (trackpad) dibuat daripada kaca dan papan kekuncinya mempunyai jarak kekunci (key travel) 1.3mm.

    Komputer ini turut mempunyai bateri 70Wh yang boleh bertahan sehingga 12 jam dan menyokong pengecasan pantas 100W melalui USB-C PD 3.0. Harganya bermula CNY5,900 (~RM3,895) untuk varian 14 inci dan CNY6,500 (~RM4,290) untuk varian 16 inci.

    Setakat ini masih tiada maklumat jika ia akan dilancar di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured