More

    Xiaomi lancar siri Redmi Buds 6 dan Redmi Watch 5 di Malaysia, harga bermula RM199

    Selain daripada siri Redmi Note 14, Xiaomi turut melancarkan Redmi Buds 6, Redmi Buds 6 Pro dan Redmi Watch 5 dalam pasaran Malaysia. Produk-produk terbaru ini memperluaskan portfolio AIoT dan peranti kesihatan peribadi Xiaomi, direka untuk meningkatkan gaya hidup, kerja dan hiburan pengguna.

    Redmi Buds 6 dan Redmi Buds 6 Pro menawarkan pengalaman audio bertaraf andalan dengan ciri-ciri canggih seperti pembatalan hingar aktif (ANC), audio multi-dimensi dan penjejakan kepala.

    Redmi Buds 6

    Redmi Buds 6 direka untuk memberikan prestasi audio unggul dengan ANC sehingga 49dB dan lebar jalur 2kHz yang berkesan mengurangkan hingar seperti hujan renyai, bunyi papan kekunci dan trafik. Sistem dwi-pemandu memastikan bunyi dinamik disokong oleh mod ANC pelbagai dan tetapan ketelusan adaptif.

    Bateri Redmi Buds 6 mampu bertahan sehingga 10 jam pada satu cas atau sehingga 42 jam dengan bekas pengecas. Ia juga dilengkapi ciri pintar seperti tahap bateri masa nyata, kawalan gestur dan sambungan pintar untuk perkongsian audio. Tersedia dalam warna Cloud White, Night Black dan Coral Green, Redmi Buds 6 berharga RM199 dengan harga promosi RM149.

    Redmi Buds 6 Pro

    Bagi pengguna yang mencari pengalaman audio yang lebih mantap, Redmi Buds 6 Pro menawarkan pemandu tiga paksi coaxial dan ANC bertaraf 55dB yang memadamkan hingar frekuensi tinggi dengan liputan ultra-lebar 4kHz. Dengan hayat bateri sehingga 9.5 jam pada satu cas atau 36 jam dengan bekas pengecas, Redmi Buds 6 Pro sesuai untuk semua gaya hidup.

    Ia tersedia dalam warna Glacier White, Space Black dan Lavender Purple. Redmi Buds 6 Pro turut menampilkan kawalan sentuh intuitif, ciri penyesuaian EQ dan reka bentuk mesra kulit. Redmi Buds 6 Pro ditawarkan pada harga RM299 dengan harga promosi RM249.

    Redmi Watch 5

    Redmi Watch 5 menampilkan paparan AMOLED 2.07 inci, menjadikannya skrin terbesar dan paling cerah pada jam tangan Redmi. Dengan kecerahan 1500 nits, kadar segar semula 60Hz dan ketumpatan piksel 324 ppi. Ia turut dilengkapi dengan 24 hari hayat bateri, 150 mod sukan dan 5 sistem GNSS untuk penjejakan aktiviti luar dan tahan air hingga 5ATM.

    Jam tangan ini turut menyokong panggilan telefon Bluetooth, pemantauan kesihatan sepanjang hari dan lebih 150 pilihan muka jam. Tersedia pada harga RM459, Redmi Watch 5 ditawarkan pada harga promosi RM359 dari 11 Januari hingga 24 Januari, selagi stok masih ada.

    "
    "

    Kesemua produk ini boleh didapati di kedai Xiaomi seluruh negara serta platform dalam talian seperti mi.com, Shopee dan Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu produk daripada Redmi dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...