More

    Xiaomi Malaysia lancarkan pembersih vakum, pengering rambut & kamera keselamatan bermula RM129

    Selain melancarkan telefon pintar Mi 11, Xiaomi Malaysia hari ini turut melancarkan tiga aksesori baru iaitu pembersih vakum wayarles Mi Vacuum Cleaner G10, pengering rambut Mi Ionic Hair Dryer H300 dan Mi 360 Home Security Camera 2K.

    Pembersih vakum Mi Vacuum Cleaner G10 dilengkapi motor yang boleh berpusing sebanyak 125,000rpm, menghasilkan kuasa sedutan 150AW. Baterinya boleh bertahan sehingga 65 minit dan memerlukan 3.5 jam untuk pengecasan penuh.

    Pengering rambut Mi Ionic Hair Dryer H300 pula beroperasi pada suhu 57 darjah Celcius dan dilengkapi kipas yang menghasilkan udara sepantas 20 meter sesaat.

    Kamera keselamatan Mi 360 Home Security Camera pula merakam video dalam resolusi 2K, dilengkapi keselamatan Advanced Encryption Standard (AES) 128-bit dan boleh menyiarkan video secara terus ke peranti AIoT yang disokong.

    Mi Vacuum Cleaner G10 akan dijual pada harga RM1,099 bermula 26 Mac, manakala Mi Ionic Hair Dryer H300 pula berharga RM129 dan akan dijual bermula 13 Mac. Mi 360 Home Security Camera 2K akan dijual pada harga RM189 bermula 13 Mac.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kedua-dua produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured