More

    Xiaomi Mi 11 mula dijual di Malaysia esok! Berharga RM2,999, hadiah percuma bernilai RM1,356

    Sebelum ini, Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Mi 11 secara rasmi di pasaran Malaysia. Peranti andalan pertama dari Xiaomi untuk tahun 2021 kini boleh mula dibeli oleh rakyat Malaysia bermula esok (20 Mac 2020).

    Xiaomi Mi 11 varian RAM 8GB + storan 256GB boleh didapati dalam pilihan warna Midnight Gray (kelabu kehitaman) dan Horizon Blue (biru) pada harga RM2,999 di kedai rasmi Xiaomi, Mi Store, pengedar sah Xiaomi dan Lazada.

    100 pembeli pertama yang mendaftar resit pembelian dan berswafoto bersama peranti Mi 11 baru akan mendapat pek premium produk Mi AIoT bernilai RM1,356 secara percuma. Ini adalah pautan untuk mendaftar resit pembelian dan menyerahkan foto swafoto anda bersama Mi 11. Selain itu, sebanyak 3,500 unit Mi True Wireless earphones Basic 2 yang bernilai RM139 juga akan diberikan secara percuma untuk pembelian Mi 11 di Mi Store seluruh Malaysia.

    Sepintas lalu, anda boleh menyemak spesifikasi penuh Xiaomi Mi 11, video buka kotak atau artikel pelancarannya di pautan biru yang diberikan.

    Adakah anda berminat dengan Xiaomi Mi 11? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...