More

    Xiaomi Pad 5 Pro dengan varian memori baru dilancar, tawarkan RAM 8GB dan storan 256GB

    Dalam acara pelancaran Xiaomi 12 pada malam lalu, Xiaomi turut melancarkan sebuah varian memori baharu untuk tablet Xiaomi Pad 5 Pro iaitu RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.

    Pra-tempahan untuk peranti ini telah pun dibuka dengan harga promosi bermula CNY2,999 (~RM1,970) manakala tarikh jualan rasminya adalah 31 Disember 2021, di mana ia akan dijual pada harga standard iaitu CNY3,099 (~RM2,035). Varian memori baharu ini juga dijangka akan siap dipasang dengan sistem operasi MIUI 13 Pad.

    Selain daripada itu, ia mempunyai spesifikasi sama dengan Xiaomi Pad 5 Pro yang dilancar pada bulan September lalu dan dijual pada harga RM1,399. Ia dilengkapi skrin LCD 11 inci dengan resolusi 2560×1600 dan kadar 120Hz, cipset Snapdragon 870, bateri 8,600mAh serta pengecasan pantas 67W.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaan varian ini di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured