More

    Xiaomi Pad 7, Pad 7 Pro dilancar di Malaysia: Tablet dengan skrin 11.2″ 3.2K bermula RM1,299

    Selain melancarkan siri telefon pintar Xiaomi 15 pada hari ini, Xiaomi Malaysia turut mengumumkan dua tablet baharu iaitu Xiaomi Pad 7 dan Xiaomi Pad 7 Pro. Kedua-dua tablet ini menawarkan skrin besar berukuran 11.2 inci dengan resolusi 3.2K (3200×3136), nisbah aspek 3:2, kadar segar semula sehingga 144Hz, ketumpatan piksel 345 ppi dan pengiktirafan TÜV Rheinland untuk tontonan yang selesa.

    Selain itu, ia mempunyai rekaan yang mudah dibawa, dengan berat 500 gram dan kenipisan 6.18mm sahaja. Ia juga mempunyai empat pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos, Hi-Res Audio dan volume boost sehingga 200%.

    Siri tablet ini menawarkan beberapa fungsi Xiaomi Hyper AI, seperti AI Writing untuk bantu anda menulis, AI Speech Recognition, AI Art with Mi Canvas dan AI Calculator. Ia turut mempunyai Xiaomi HyperConnect yang memudahkan hubungan dengan peranti-peranti lain untuk memindahkan fail.

    Varian Pad 7 Pro menampilkan spesifikasi yang lebih canggih berbanding Pad 7, seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3, sokongan Wi-Fi 7, kamera hadapan 32MP, kamera belakang 50MP dan bateri 8,850mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 67W.

    Sementara itu, Pad 7 dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 3, sokongan Wi-Fi 6E, kamera hadapan 8MP, kamera belakang 13MP dan pengecasan pantas 45W sahaja.

    Kedua-dua tablet boleh digabungkan dengan aksesori khas seperti papan kekunci Xiaomi Focus Keyboard untuk menaip dengan lebih selesa, stilus Xiaomi Focus Pen untuk menulis/melukis dan sarung Xiaomi Pad Cover untuk melindunginya daripada kesan calar.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri tablet ini:

    Xiaomi Pad 7

    • Skrin 11.2 inci, resolusi 3200×2136, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 800 nits
    • Menyokong Dolby Vision, pengiktirafan TÜV Rheinland Low Blue Light, Flicker Free dan Circadian Friendly
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 3
    • RAM LPDDR5X 8GB
    • Storan dalaman 128GB (UFS 3.1) atau 256GB (UFS 4.0)
    • Kamera belakang 13MP
    • Kamera hadapan 8MP
    • Bateri 8,850mAh
    • Pengecasan pantas 45W
    • 4 pembesar suara
    • Sokongan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4
    • Sistem operasi Android 15 dengan Xiaomi HyperOS 2
    • Pilihan warna kelabu, biru dan hijau
    • Harga:
      • 8GB + 128GB: RM1,299
      • 8GB + 256GB: RM1,599

    Xiaomi Pad 7 Pro

    • Skrin 11.2 inci, resolusi 3200×2136, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 800 nits
    • Menyokong Dolby Vision, pengiktirafan TÜV Rheinland Low Blue Light, Flicker Free dan Circadian Friendly
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3
    • RAM LPDDR5X 8GB atau 12GB
    • Storan dalaman UFS4.0 256GB atau 512GB
    • Kamera belakang 50MP
    • Kamera hadapan 32MP
    • Bateri 8,850mAh
    • Pengecasan pantas 67W
    • 4 pembesar suara
    • Sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4
    • Sistem operasi Android 15 dengan Xiaomi HyperOS 2
    • Pilihan warna kelabu, biru, hijau dan Matte Glass
    • Harga:
      • 8GB + 256GB: RM2,499
      • 12GB + 512GB: RM2,699

    ika anda membeli tablet ini sebelum 6 April, anda boleh dapatkan rebat RM100 (untuk Pad 7 Pro 256GB dan Pad 7 128GB), atau papan kekunci dan stilus percuma (untuk Pad 7 Pro 512GB dan Pad 7 256GB), selagi stok masih ada.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...