More

    Xiaomi sahkan telefon mercu seterusnya akan kekalkan skrin belakang

    Xiaomi mengesahkan bahawa telefon pintar mercu seterusnya akan terus hadir dengan rekaan skrin belakang untuk meneruskan pendekatan yang diperkenalkan pada Xiaomi 17 Pro dan 17 Pro Max. Presiden Xiaomi, Lu Weibing, mendedahkan bahawa mereka kini meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik teknologi berkenaan.

    Menurut beliau, Xiaomi telah membelanjakan lebih 1 bilion yuan untuk membangunkan paparan sekunder setanding skrin utama yang kini menggunakan panel AMOLED 2.1 inci dengan kadar segar semula 120Hz LTPO, perlindungan Dragon Crystal glass serta menyokong HDR dan kecerahan maksimum 3500 nits.

    Pelaburan itu nyata berbaloi apabila siri Xiaomi 17 mencatat jualan luar biasa di China. Dalam tempoh hanya lima minit selepas pelancaran, ia memecahkan rekod jualan pertama manakala model Pro Max muncul sebagai telefon domestik dengan jualan harian tertinggi. Secara keseluruhan, jualan meningkat 20% dengan siri Pro mencatat pertumbuhan tiga kali ganda.

    Daripada segi fungsi, skrin belakang pada Xiaomi 17 Pro kini jauh lebih berguna yang membolehkan pengguna melihat notifikasi, menjawab panggilan, membuat pratonton gambar masa nyata, memaparkan AI wallpaper, animasi haiwan maya dan juga kod pengambilan makanan atau tiket digital.

    Lu turut mendedahkan bahawa kemas kini akan datang bakal menambah ciri terjemahan masa nyata yang dijangka tiba menjelang hujung Oktober diikuti kemas kini bulanan dengan ciri baharu dari semasa ke semasa. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Mydrivers

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...