More

    Xiaomi TV A Pro 2025 Series dilancar di Malaysia: Siri televisyen 4K QLED bermula RM1,499

    Xiaomi Malaysia telah melancarkan siri televisyen pintar yang terbaru iaitu Xiaomi TV A Pro 2025 Series yang terdiri daripada Xiaomi TV A 55″ 2025, Xiaomi TV A 43” Pro 2025 dan Xiaomi TV A 55” Pro 2025. Semua televisyen ini mempunyai paparan 4K QLED bagi menghasilkan imej yang cantik serta dibina dengan rekaan premium yang mencantikkan kediaman anda.

    Ia dilengkapi paparan 4K Ultra HD dengan teknologi Quantum Dot Display yang menawarkan gamut DCI-P3 seluas 1 bilion warna, serta teknologi Motion Estimation, Motion Compensation (MEMC) yang membuatkan sebarang gerakan imej nampak lancar dalam filem atau permainan video.

    Xiaomi TV A 55″ 2025
    Xiaomi TV A 43” Pro 2025
    Xiaomi TV A 55” Pro 2025

    Sistem audionya pula terdiri daripada Dolby Audio dan DTX:X dual decoding bagi menghasilkan efek bunyi yang lebih mengasyikkan. Selain itu, teknologi DTS Virtual:X menghasilkan audio tiga dimensi yang memberikan dimensi dari atas (overhead dimension) untuk pengalaman audio mirip pawagam.

    Berikut adalah senarai harga untuk televisyen baharu ini. Buat masa ini, Xiaomi Malaysia akan menjualnya pada harga promosi selagi stok masih ada.

    ProdukHarga pasaranHarga promosi
    Xiaomi TV A 55″ 2025RM1,999RM1,699
    Xiaomi TV A 43” Pro 2025RM1,499RM1,249
    Xiaomi TV A 55” Pro 2025RM2,399RM1,999

    Untuk melihat sendiri keunikan televisyen ini, anda boleh hadir ke pameran Xiaomi Smart Living Showcase di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Selangor yang akan berlangsung hingga 18 Ogos 2024. Pelanggan yang membeli produk Xiaomi di pameran itu berpeluang memenangi hadiah bernilai RM4,599.

    Mereka yang membeli produk Xiaomi bernilai RM500 ke atas dalam satu resit atau membeli Xiaomi Smart Band 9 akan menerima hadiah Mystery Gift, selagi stok masih ada.

    Jika anda tidak boleh datang ke Xiaomi Smart Living Showcase, anda boleh belinya di pengedar sah Xiaomi, laman web Xiaomi Malaysia, Shopee atau Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...