More

    Xiaomi TV Stick HD 2nd Gen hadir dengan HDR10+, Wi-Fi 5 dan Google TV

    Xiaomi mengemas kini peranti penstriman kompak menerusi pelancaran Xiaomi TV Stick HD 2nd Gen yang kini hadir dengan cip pemproses lebih pantas serta sokongan HDR10+. Ia merupakan versi penambahbaikan kepada TV Stick HD generasi pertama dengan peningkatan prestasi dan sokongan paparan lebih maju.

    TV Stick HD generasi kedua menggunakan bentuk lebih bulat seperti model 4K generasi kedua. Namun begitu, ia masih mengekalkan port kuasa micro-USB, selain hanya menyediakan satu port USB tanpa slot microSD. Peranti ini menyasarkan televisyen lama kerana output maksimum terhad kepada resolusi 1080p pada kadar 60fps dan tidak menyokong paparan 4K.

    Ia menjalankan sistem operasi Google TV serta hadir dengan aplikasi popular seperti Netflix, Amazon Prime Video dan YouTube yang diprapasang bersama butang khusus pada alat kawalan jauh. Pengguna juga boleh menstrim atau memaparkan kandungan seperti gambar dan video terus dari telefon pintar ke televisyen melalui fungsi casting.

    Xiaomi TV Stick HD 2nd Gen menggunakan cip pemproses baharu dengan CPU empat teras Cortex-A55 dan GPU Mali-G31 MP2 yang menurut Xiaomi menawarkan peningkatan prestasi sekitar 38 peratus berbanding generasi pertama yang menggunakan teras Cortex-A53. Walau bagaimanapun, kapasiti memori dan storan kekal pada RAM 1GB serta storan dalaman 8GB.

    Peranti turut menyokong HDR10+, penyahkodan perkakasan AV1 untuk pengalaman penstriman lebih baik, serta audio DTS:X dan Dolby Audio. Ia menyokong sambungan Wi-Fi dwi-jalur 802.11ac dan Bluetooth 5.0 untuk alat kawalan jauh yang turut dilengkapi pemancar inframerah (IR).

    Xiaomi menyatakan TV Stick HD generasi kedua ini akan ditawarkan di pasaran global tidak lama lagi. Harga rasmi masih belum diumumkan, namun model TV Stick 4K generasi kedua ketika ini dijual sekitar €50 (~RM233) di beberapa pasaran. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi

     

    Artikel Terkini

    Belanjawan 2027: Rakyat Digital tawar 100,000 langganan AI percuma tahun depan

    Inisiatif Rakyat Digital akan diteruskan pada 2027 dengan penyediaan 100,000 langganan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) percuma. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk...

    Belanjawan 2027: Kerajaan dan Grab sediakan RM160 juta untuk pekerja e-hailing dan p-hailing

    Kerajaan mengumumkan pakej bantuan khas bernilai RM160 juta yang dibiayai bersama Grab bagi meningkatkan pendapatan bersih dan kebajikan pekerja e-hailing dan p-hailing...

    Infinix SMART 20e rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz, kalis IP64 bermula RM499

    Infinix melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Infinix SMART 20e untuk pasaran Malaysia. Peranti memfokuskan kepada penggunaan harian dan hiburan pada julat...

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured