fbpx
More

    Yes tawarkan pelan untuk mudahkan anda beli iPhone 15, bermula RM21 sebulan

    Pada hari ini, syarikat telekomunikasi Yes mengumumkan bahawa ia telah menjadi rakan telekomunikasi rasmi untuk Apple. Dengan kerjasama ini, Yes akan menyediakan pelan khas untuk siri telefon pintar iPhone 15, di mana para pelanggan boleh membeli pelan pascabayar yang memudahkan mereka untuk membeli iPhone 15 pada harga serendah RM21 sebulan.

    Dengan pelan pascabayar Yes Infinite+, anda boleh dapatkan pelan Yes Infinite+ Ultra 178 selama 36 bulan untuk dapatkan iPhone 15 standard (128GB) dengan harga RM21 sebulan. Yuran bulanan itu akan meningkat jika anda ingin membeli iPhone 15 dengan storan yang lebih besar atau tempoh kontrak 24 bulan.

    Pelan iPhone 15
    Pelan iPhone 15 Plus

    Untuk iPhone 15 Plus pula, anda boleh dapatkannya dengan pada harga RM41 sebulan dengan pelan Yes Infinite+ Ultra 178 selama 36 bulan. Yuran bulanan itu juga akan meningkat jika anda ingin membeli iPhone 15 Plus dengan storan yang lebih besar atau tempoh kontrak 24 bulan, tetapi perlu diingati bahawa ia tidak ditawarkan dengan storan 512GB.

    iPhone 15 Pro juga boleh dibeli dengan pelan serupa pada harga bermula RM51 sebulan, manakala iPhone 15 Pro Max pula pada harga bermula RM81 sebulan.

    Pelan iPhone 15 Pro
    Pelan iPhone 15 Pro Max

    Yes mengatakan setiap pelanggan yang melanggan kepada pelan pascabayar ini boleh menikmati kelajuan internet 5G tanpa had kelajuan atau had data. Mereka turut mendapat pengiktirafan untuk penyedia internet terlaju di Malaysia menurut Ookla.

    Selain itu, Yes juga akan menawarkan diskaun 15 peratus untuk pembelian aksesori Apple seperti pengecas MagSafe, kabel, fon telinga dan banyak lagi.

    Pengiktirafan untuk internet terlaju di Malaysia
    Diskaun 15 peratus untuk aksesori iPhone

    Jika anda masih ragu-ragu dengan pelan ini, Yes turut menawarkan promosi khas pada 11 November 2023 di mana anda boleh membeli iPhone 15 atau iPhone 15 Plus pada harga serendah RM1 sahaja.

    Pelanggan yang membeli iPhone 15 dengan pelan Yes pada hari tersebut akan turut menerima fon telinga wayarles 3rd Generation Apple Airpods, pengecas USB-C 20W dan langganan kepada perkhidmatan gaming awanan NVIDIA GeForce Now selama tiga bulan.

    Tawaran 11.11 oleh Yes untuk pembelian iPhone 15
    Hadiah menarik untuk pembelian pada 11.11

    Selain pelan di atas, Yes turut mengumumkan bahawa siri iPhone 12, iPhone 13, iPhone 14 dan iPhone 15 yang sudah dikemas kini dengan sistem operasi iOS 17.1 dan ke atas boleh dihubungkan dengan rangkaian 5G Yes. Anda juga boleh mengaktifkan eSIM melalui aplikasi MyYes.

    Layari laman web Yes untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Whatsapp kini benarkan ‘pin’ 3 mesej dalam sembang

    WhatsApp telah meningkatkan ciri-cirinya untuk menampung interaksi kumpulan besar, bertujuan untuk bersaing dengan platform seperti Telegram dan Discord. Baru-baru ini, ia meningkatkan...

    ASUS akan lancarkan komputer berfokuskan AI pada 21 Mei 2024

    Syarikat komputer dari Taiwan, ASUS, telah mengumumkan acara pelancaran virtual Next Level. AI Incredible. yang akan berlangsung pada hari Selasa, 21 Mei...

    Instagram ingin mudahkan pencipta kandungan kecil dapat lebih banyak tontonan dan pendedahan

    Pada waktu ini, kandungan video pendek yang dipaparkan dalam Instagram Reels kerap merupakan video yang dimuat naik semula (reposted) oleh pemilik akaun...

    Semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL kini terima kad debit, kredit

    Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan pengangkutan awam rel Rapid KL mengumumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan pelanggannya sudah mula...

    Assassin’s Creed Mirage akan ditawarkan untuk iPhone dan iPad pada 6 Jun 2024

    Siri iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max serta tablet iPad yang dilengkapi cip M1 sudah mempunyai kuasa pengkomputeran yang cukup...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X