More

    Zeekr 7X rasmi di Malaysia dengan pecutan 0–100km/j dalam 3.8 saat bermula RM179,800

    Zeekr malam tadi menyerikan Menara Kuala Lumpur dengan pelancaran rasmi model elektrik Zeekr 7X. Ia merupakan EV pertama daripada Zeekr untuk pasaran tempatan. Sejak tempahan dibuka Mei lalu, lebih 1,000 unit sudah direkodkan. Model ini hadir dalam tiga varian seperti RWD Standard, RWD Long Range dan AWD Performance semuanya menggunakan seni bina 800V dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 450kW DC.

    Bergantung kepada varian, masa pengecasan dari 10 ke 80 peratus hanya sekitar 10.5 minit hingga 16 minit manakala pengecasan AC 22kW ditawarkan sebagai standard. Untuk kuasa, varian Performance menawarkan sehingga 475kW/710Nm dengan pecutan 0–100km/j dalam 3.8 saat manakala model lain fokus kepada jarak lebih jauh dengan 480km WLTP bagi RWD Standard dan 615km WLTP untuk RWD Long Range.

    Menariknya, Zeekr 7X menerima penarafan lima bintang Euro NCAP (91% dewasa, 90% kanak-kanak, 78% pengguna jalan rentan, 83% bantuan keselamatan). Ia juga didakwa sebagai EV pertama di dunia dengan pensijilan keselamatan dwielektromagnetik (EM) melalui badan pensijilan di China.

    Antara ciri lain termasuk ADAS Tahap 2.5, tujuh beg udara, kamera 360 darjah dan bantuan parkir pintar. Bahagian kabin menampilkan paparan AR-HUD 36 inci, kluster 13.02 inci, infotainmen 16 inci 3.5K dengan cip Qualcomm 8295, sistem audio Zeekr Sound Pro 21 pembesar suara 2160W dan pengecas tanpa wayar dwi 50W.

    Bumbung panorama sebesar 1.84m², kerusi belakang boleh laras dan panel lampu LED “Stargate” dengan 1,831 LED pada varian Performance menambah ciri premium. Harga rasmi Malaysia bermula dari RM179,800 untuk RWD Standard, RM190,800 bagi RWD Long Range dan RM226,800 untuk AWD Performance.

    Semua pembeli menerima waranti kenderaan 5 tahun/150,000km, waranti bateri 8 tahun/160,000km dan hadiah percuma termasuk wallbox 22kW dan solar tint. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...