fbpx
More

    HONOR Malaysia bakal lancarkan 4 produk baharu pada 22 April ini

    HONOR Malaysia akan memperkenalkan empat peranti terbaru mereka di acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini. Peranti-peranti tersebut termasuklah tablet HONOR Pad 9 5G, komputer riba HONOR MagicBook X 16, telefon pintar HONOR X7b 5G dan jam tangan pintar kesihatan serta kecergasan HONOR Band 9.

    HONOR Pad 9 5G adalah tablet yang sesuai untuk kerja dan hiburan dengan RAM 16GB dan storan 256GB. Dilengkapi dengan pensil pintar HONOR Choice Pencil dan papan kekunci Bluetooth pintar, tablet ini menawarkan pengalaman seperti komputer riba dengan keterhubungan yang lancar untuk produktiviti maksimum.

    Selain itu, HONOR Pad 9 menampilkan Paparan Keselesaan Mata 2.5K 12.1 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan nisbah skrin ke badan 88%. Dengan ciri-ciri penjagaan mata seperti pemalapan dinamik dan paparan malam sirkadia, pengguna dapat menikmati visual yang mengasyikkan tanpa ketegangan mata.

    HONOR X7b merupakan telefon pintar 5G menawarkan bateri besar 6,000mAh, dwi pembesar suara Stereo dan kamera utama 108MP, menjadikannya pilihan yang menonjol dalam kelasnya. Sementara itu, HONOR MagicBook X 16 menawarkan ciri terkini bagi mereka yang mencari kelainan dalam komputer riba dan HONOR Band 9 adalah jam tangan pintar serba boleh dengan ciri-ciri pemantauan kesihatan dan kecergasan.

    Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia dan kunjungi laman web HONOR. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Malaysia bakal lancarkan 4 produk baharu pada 22 April ini

    HONOR Malaysia akan memperkenalkan empat peranti terbaru mereka di acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini. Peranti-peranti tersebut termasuklah tablet HONOR...

    Insta360 X4 dilancar dengan rakaman 8K, kamera CMOS 72MP berharga RM2,499

    Insta360 yang merupakan syarikat penghasilan kamera aksi telah melancarkan Insta360 X4 dengan rakaman beresolusi 8K pertamanya. Kamera aksi ini dilengkapi dengan...

    Whatsapp lancarkan Penapis Perbualan, memudahkan anda uruskan mesej belum dibaca

    WhatsApp, aplikasi pemesejan segera yang popular sedang memperkenalkan Penapis Sembang untuk membantu pengguna mengurus perbualan mereka dengan lebih cekap. Ramai pengguna sering...

    AMD lancarkan cip Ryzen PRO baharu, miliki seni bina Zen 4, RDNA 3 dan...

    AMD telah mengumumkan barisan pemproses komersial siri Ryzen PRO baharu yang dibina pada gabungan seni bina Zen 4 untuk CPU, RDNA 3...

    Jepun turut sasarkan Apple untuk amalan antitrust

    Selepas Suruhanjaya Eropah (EU) memaksa Apple membuka platform iOS untuk kedai aplikasi pihak ketiga di EU, negara lain turut sedang menyiasat Apple...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X