fbpx
More

    Panduan beli-belah gajet dan peranti murah sempena Hari Raya 2024!

    Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu daripada perayaan terbesar di Malaysia, jadi pelbagai syarikat teknologi dan elektronik akan mengambil kesempatan ini untuk menjual produk-produk mereka pada harga promosi. Meskipun tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri sudah pun berlalu, kempen promosi oleh syarikat-syarikat teknologi selalunya berlangsung dengan lebih lama.

    Dalam artikel ini, kami akan mengumpulkan promosi Hari Raya untuk pelbagai jenama dan jenis peranti seperti telefon pintar, tablet dan monitor bagi memudahkan anda memanfaatkan pelbagai diskaun sempena Hari Raya:

    Samsung

    Jika anda sedang mencari tablet, Samsung Malaysia baru sahaja menurunkan harga Samsung Galaxy Tab S9 dan Samsung Galaxy Tab S9 FE sebanyak RM300 secara tetap.

    Ini bermaksud anda boleh beli Galaxy Tab S9 pada harga bermula RM3,899 (harga asal RM4,199) atau Galaxy Tab S9 FE pada harga bermula RM1,799 (harga asal RM2,099). Berikut adalah maklumat penuh mengenai varian yang ditawarkan:

    TabletHarga asal (RM)Harga baharu (RM)
    Galaxy Tab S9 WiFi with Book Cover Keyboard (256GB)4,1993,899
    Galaxy Tab S9 5G with Book Cover Keyboard (256GB)4,8494,549
    Galaxy Tab S9 FE WiFi (256GB)2,3992,099
    Galaxy Tab S9 FE 5G (256GB)2,9992,699
    Galaxy Tab S9 FE WiFi (128GB)2,0991,799
    Galaxy Tab S9 FE 5G (128GB)2,6992,399

    Untuk mereka yang sedang mencari kombo telefon + monitor, Samsung menawarkan pakej Samsung Galaxy S23 Ultra (256GB) dan 49″ Odyssey G9 G95SC DQHD 240Hz Gaming Monitor pada harga RM10,099. Jika dibeli berasingan, monitor tersebut berharga RM8,499 manakala Galaxy S23 Ultra (256GB) pula berharga RM4,799, jadi pakej ini merupakan tawaran yang amat bernilai jika anda ingin memiliki kedua-dua peranti kerana anda boleh jimat RM5,199.

    Tawaran Galaxy S23 Ultra + monitor gaming
    Tawaran Galaxy S23 Ultra + monitor produktiviti

    Jika anda lebih gemar dengan monitor yang lebih kecil, pakej Samsung Galaxy S23 Ultra (256GB) dan 32″ Smart Monitor M5 M50C FHD akan dijual pada harga RM5,399. Jika dibeli berasingan, monitor tersebut berharga RM1,288 manakala telefon pula berharga RM4,799, jadi pakej ini boleh menjimatkan wang anda sebanyak RM1,288.

    Promosi pakej telefon + monitor ini akan berlangsung sehingga 30 April 2024.

    Selain itu, Samsung Malaysia kini sedang menganjurkan kempen Raya Sebulan Vibes di mana anda berpeluang untuk memenangi pelbagai peranti berjumlah RM9,000. Ini termasuklah telefon pintar Samsung Galaxy A55 5G, jam tangan Samsung Galaxy Watch6 Classic (43mm) dan fon telinga Samsung Galaxy Buds FE.

    Kempen ini akan berlangsung sehingga 24 April 2024 dan anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah yang boleh dibaca di sini. Sesiapa sahaja boleh menyertai peraduan ini dan lebih menarik, anda tidak perlu gunakan peranti Samsung pun untuk menyertainya.

    OPPO

    Promosi Raya Super Epik oleh OPPO Malaysia menawarkan rebat RM500 untuk OPPO Reno10 Pro+ 5G, jadi anda boleh membelinya pada harga RM2,999 (harga asal RM3,499). Selain itu, OPPO Reno11 5G pula ditawarkan dengan rebat RM100, jadi anda boleh membelinya pada harga RM1,799 (harga asal RM1,899).

    Satu lagi telefon yang ditawarkan dengan rebat RM100 adalah OPPO A79 5G yang boleh dibeli pada harga RM1,099 (harga asal RM1,199). OPPO A18 pula ditawarkan dengan rebat RM40, jadi anda boleh beli pada harga RM459 (harga asal RM499).

    Jika anda berminat dengan jam tangan, OPPO Watch X kini ditawarkan dengan rebat tunai RM100, jadi anda boleh belinya pada harga RM1,299 (harga asal RM1,399).

    Promosi ini akan berlangsung sehingga 30 April 2024. Anda boleh baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

    ASUS

    ASUS Malaysia menganjurkan promosi Gaya Raya With ASUS, namun mereka tidak menawarkan sebarang diskaun untuk komputer riba mereka. Sebaliknya, setiap pembelian untuk komputer-komputer terpilih akan menerima kredit Touch ‘n Go eWallet sebanyak RM30, RM50, RM80, RM100 atau RM150.

    Promosi ini akan berlangsung sehingga 30 April 2024, sementara stok masih ada. Berikut adalah senarai penuh untuk komputer ASUS yang terlibat dalam promosi ini:

    Sewaktu artikel ditulis, ini adalah promosi Hari Raya yang masih ditawarkan oleh jenama-jenama gajet. Kami akan mengemas kini artikel ini jika terdapat promosi yang baru oleh jenama lain.

    Beritahu kami di Facebook jika artikel ini membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Panduan beli-belah gajet dan peranti murah sempena Hari Raya 2024!

    Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu daripada perayaan terbesar di Malaysia, jadi pelbagai syarikat teknologi dan elektronik akan mengambil kesempatan ini...

    HONOR Malaysia bakal lancarkan 4 produk baharu pada 22 April ini

    HONOR Malaysia akan memperkenalkan empat peranti terbaru mereka di acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini. Peranti-peranti tersebut termasuklah tablet HONOR...

    Insta360 X4 dilancar dengan rakaman 8K, kamera CMOS 72MP berharga RM2,499

    Insta360 yang merupakan syarikat penghasilan kamera aksi telah melancarkan Insta360 X4 dengan rakaman beresolusi 8K pertamanya. Kamera aksi ini dilengkapi dengan...

    Whatsapp lancarkan Penapis Perbualan, memudahkan anda uruskan mesej belum dibaca

    WhatsApp, aplikasi pemesejan segera yang popular sedang memperkenalkan Penapis Sembang untuk membantu pengguna mengurus perbualan mereka dengan lebih cekap. Ramai pengguna sering...

    AMD lancarkan cip Ryzen PRO baharu, miliki seni bina Zen 4, RDNA 3 dan...

    AMD telah mengumumkan barisan pemproses komersial siri Ryzen PRO baharu yang dibina pada gabungan seni bina Zen 4 untuk CPU, RDNA 3...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X