fbpx
More

    Nothing Phone (2a) akan dilancar dalam warna baharu, mungkin merah dan kuning

    Nothing Phone (2a) telah dilancar pada bulan Mac lalu sebagai telefon pintar kelas pertengahan pertama oleh Nothing dan ia ditawarkan dalam warna putih atau hitam. Tidak lama kemudian, varian warna biru pula dilancar di India.

    Kini, Nothing mungkin akan mengumumkan dua lagi pilihan warna untuk Phone (2a). Dalam sebuah gambar yang dimuat naik ke X, ia menunjukkan logo (2a) dalam gabungan warna hitam, biru, merah dan kuning. Ia diikuti dengan sebuah lagi ciapan yang menunjukkan emoji warna merah, kuning dan biru.

    Memandangkan Phone (2a) dalam warna hitam dan biru sudah pun wujud, warna seterusnya yang akan ditawarkan oleh Nothing mungkin adalah kuning dan merah. Selain itu, platform e-dagang India, Flipkart, juga memuat naik gambar pendek yang mengacah kehadiran warna baharu untuk Phone (2a).

    Imej yang dimuat naik ke Twitter
    Gambar acahan dalam Flipkart

    Buat masa ini, Nothing Phone (2a) dijual di Malaysia pada harga bermula RM1,699 dan dijual dalam pilihan warna putih atau hitam. Jika anda berminat dengannya, anda boleh baca ulasan kami untuk mengetahui pendapat kami tentangnya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ulasan HONOR 200 Pro – Telefon ‘power’ setanding ‘flagship’

    Siri HONOR 200 telah dilancarkan membawa dua jenis varian iaitu HONOR 200 dan HONOR 200 Pro. Di sini, saya akan mengulaskan varian...

    Kerajaan sasar ekonomi digital menyumbang 25.5% kepada KDNK pada 2025

    Menteri Digital Malaysia, Gobind Singh Deo mendedahkan bahawa kerajaan menyasarkan ekonomi digital menyumbang 25.5% kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) Malaysia menjelang...

    Galaxy Unpacked: Pelancaran Galaxy AI dan peranti baharu pada 10 Julai 2024

    AI Galaxy bakal tiba menjanjikan untuk merevolusikan pengalaman mudah alih pada era terkini. Inovasi terbaru Samsung yang membawa AI Galaxy akan meningkatkan...

    ChatGPT kini tersedia pada beberapa model Volkswagen

    ChatGPT kini tersedia pada banyak model Volkswagen termasuk semua kenderaan dalam siri elektrik ID, Golf baharu, Tiguan dan Passat. Integrasi ini hanya...

    Video promosi dedahkan CMF Phone 1 hadir dengan plat belakang yang boleh ditanggal

    CMF Phone 1 oleh Nothing dijangka akan dilancarkan dengan sistem tambahan suai iaitu Nothing Lock, seperti yang didedahkan dalam video terbaru yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Segalanya yang anda perlu tahu tentang bank digital di Malaysia!

    Konsep "bank digital" kini merupakan sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam kesedaran rakyat Malaysia, terutamanya dengan pengenalan dua operator bank dgital yang...
    X