More

    OPPO Find N3 dan Find N3 Flip kini lebih murah, potongan harga sehingga RM1,000

    OPPO Malaysia telah menurunkan harga pasaran untuk dua telefon lipatnya, OPPO Find N3 dan OPPO Find N3 Flip, dengan potongan harga sehingga RM1,000 berbanding harga asalnya.

    Bermula 10 Julai 2024, OPPO Find N3 akan dijual pada harga RM6,999 (harga asal RM7,999) manakala OPPO Find N3 Flip pula akan dijual pada harga RM3,999 (harga asal RM4,399).

    Penurunan harga kedua-dua peranti ini mungkin menunjukkan bahawa OPPO akan melancarkan penggantinya untuk tahun ini dalam masa terdekat.

    Siri OPPO Find N3 adalah antara telefon lipat yang paling popular dalam pasaran Malaysia, terutamanya dengan pelbagai fungsi produktiviti dalam Find N3 serta fungsi fotografi yang menarik dalam Find N3 Flip. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dua peranti lipat ini, jangan lupa untuk baca ulasan kami tentang OPPO Find N3 dan OPPO Find N3 Flip.

    Layari laman web OPPO Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai pembelian Find N3 atau Find N3 Flip. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured