Hari ini, Samsung Malaysia Electronics melancarkan Program Galaxy Forever. Ia merupakan satu inisiatif baharu untuk menyediakan pelanggan di Malaysia kemudahan menaik taraf kepada peranti siri Galaxy Z pada masa hadapan.
Sebagai contoh, jika anda telah membeli Galaxy Z Fold6 atau Galaxy Z Flip6 dan mendaftarkan diri dalam Program Galaxy Forever, anda akan layak untuk menukar peranti kepada siri Galaxy Z yang akan datang dengan potongan harga sehingga 50%.


Program Galaxy Forever kini sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2025 dengan tempoh pendaftaran bermula dari 31 Julai 2024 hingga 30 September 2024. Samsung juga telah bekerjasama dengan CIMB Bank Berhad untuk menjayakan program ini. Untuk menikmati faedah, pelanggan perlu menjadi pemegang kad debit atau kredit CIMB.
Pelanggan yang telah membeli peranti Galaxy Z Fold6 atau Z Flip6 di kedai yang mengambil bahagian dan berjaya mendaftar untuk program ini akan menerima pemberitahuan daripada Samsung tentang kelayakan untuk naik taraf seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Galaxy Forever, anda boleh melawat laman rasmi di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kempen ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







