More

    Kompilasi pelancaran telefon di Malaysia pada September 2024: iPhone 16, telefon lipat pertama Xiaomi

    Bulan September 2024 menyaksikan beberapa pelancaran yang menarik dalam industri telefon pintar Malaysia. Sebagai contoh, beberapa jenama melancarkan telefon pintar andalan (flagship) dengan varian yang paling mampu milik pada tahun ini, sepert Samsung Galaxy S24 Fan Edition (FE) dan siri Xiaomi 14T.

    Apple pula mengikuti jadual pelancaran seperti biasa dan melancarkan siri iPhone 16 yang menampilkan butang Camera Control khas untuk mengawal fungsi-fungsi kamera. Ia juga menyokong penggunaan Apple Intelligence, namun setakat ini ia masih belum ditawarkan kepada telefon tersebut.

    Selain itu, HONOR melancarkan telefon lipat HONOR Magic V3 yang menampilkan rekaan paling nipis dan ringan untuk sebuah telefon lipat, sambil menawarkan pelbagai ciri-ciri taraf andalan. Xiaomi pula melancarkan telefon lipatnya yang pertama untuk pasaran Malaysia iaitu Xiaomi MIX Flip, menambahkan lagi pilihan untuk jenama telefon lipat gaya clamshell selain Samsung, OPPO dan nubia.

    Terdapat juga beberapa telefon mampu milik dan kelas pertengahan yang dilancar pada bulan lalu. Ayuh kita lihat semula dan mungkin ia akan membantu anda memilih telefon yang sesuai dengan bajet dan kemahuan:

    Samsung Galaxy A06

    • Tarikh pelancaran: 4 September 2024
    • Harga bermula: RM449
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    Redmi 14C

    • Tarikh pelancaran:4 September 2024
    • Harga bermula: RM449
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    Nothing Phone (2a) Plus

    • Tarikh pelancaran: 5 September 2024
    • Harga bermula: RM1,999
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    HONOR Magic V3

    • Tarikh pelancaran: 5 September 2024
    • Harga bermula: RM6,999
    • Kategori: Telefon lipat andalan
    • Artikel pelancaran

    Siri iPhone 16

    • Tarikh pelancaran: 10 September 2024
    • Harga bermula:
      • iPhone 16: RM3,999
      • iPhone 16 Plus: RM4,499
      • iPhone 16 Pro: RM4,999
      • iPhone 16 Pro Max: RM5,999
    • Kategori: Andalan
    • Artikel pelancaran 1, 2

    OPPO A3

    • Tarikh pelancaran: 13 September 2024
    • Harga bermula: RM699
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    Siri realme 13 Pro 5G

    • Tarikh pelancaran: 19 September 2024
    • Harga bermula:
      • realme 13 Pro 5G: RM1,999
      • realme 13 Pro+ 5G: RM2,299
    • Kategori: Pertengahan
    • Artikel pelancaran

    Samsung Galaxy S24 FE

    • Tarikh pelancaran: 26 September 2024
    • Harga bermula: RM3,299
    • Kategori: Andalan mampu milik
    • Artikel pelancaran

    Infinix SMART 9

    • Tarikh pelancaran: 26 September 2024
    • Harga bermula: RM299
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    Infinix HOT 50i

    • Tarikh pelancaran: 26 September 2024
    • Harga bermula: RM369
    • Kategori: Mampu milik
    • Artikel pelancaran

    Siri Xiaomi 14T

    • Tarikh pelancaran: 27 September 2024
    • Harga bermula:
      • Xiaomi 14T: RM1,899
      • Xiaomi 14T Pro: RM2,599
    • Kategori: Andalan mampu milik
    • Artikel pelancaran

    Xiaomi MIX Flip

    • Tarikh pelancaran: 27 September 2024
    • Harga bermula: RM4,999
    • Kategori: Telefon lipat andalan
    • Artikel pelancaran

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana telefon di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured