More

    realme GT 7 Series akan dilancar pada 27 Mei 2025

    realme bakal melancarkan siri telefon pintar andalan (flagship) terbaru, realme GT 7 Series, pada hari Selasa, 27 Mei 2025 di Paris, Perancis. Pelancarannya akan disiarkan secara langsung di platform media sosial realme Malaysia pada jam 3:30pm waktu Malaysia.

    realme menyifatkan siri telefon baru ini sebagai Flagship Killer yang menawarkan prestasi lebih tinggi jika dibandingkan dengan telefon andalan lain. Ia menggunakan teknologi penyejukan IceSense Graphene untuk pelesapan haba yang lebih cekap, serta dilengkapi pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI) terkini.

    Siri telefon ini sebenarnya sudah dilancar untuk pasaran China pada April lalu. Untuk realme GT 7, ia dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.8 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 144Hz, cipset MediaTek Dimensity 9400 Plus, bateri 7,200mAh dan pengecasan pantas 100W.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera hadapan 16MP.

    Pada tahun lalu, realme Malaysia telah melancarkan realme GT 7 Pro yang merupakan telefon pertama dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite. Mungkin untuk varian yang dilancar tahun ini, realme membuat keputusan untuk menggunakan cipset andalan MediaTek.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured