More

    Nothing Phone (3) mungkin jadi telefon Nothing pertama yang tiada lampu Glyph Interface

    Jika anda mengenali telefon-telefon pintar yang dilancar oleh Nothing sebelum ini, semuanya mempunyai lampu Glyph Interface di bahagian belakang telefon yang akan berkelip-kelip dalam situasi tertentu. Kini terdapat laporan mengatakan telefon Nothing yang seterusnya, Nothing Phone (3), mungkin bakal menjadi telefon pertama oleh syarikat tersebut yang tidak mempunyai lampu Glyph Interface.

    Menurut sumber, lampu Glyph Interface itu sebaliknya digantikan dengan garisan cahaya bernama Glyph Matrix iaitu garisan lampu LED yang boleh menunjukkan animasi berpiksel untuk notifikasi, penunjuk tahap bateri dan panggilan telefon.

    Rekaan telefon ini juga sangat berlainan jika dibandingkan dengan Nothing Phone (2), dengan lebih banyak garisan menegak dan lokasi tiga lensa kamera yang diperbaharui. Rekaan baharu ini membuatkan Nothing Phone (3) nampak sangat berbeza dengan telefon jenama lain.

    Rekaan Nothing Phone (3) yang tertiris
    Nothing Phone (2) sebelum ini dengan pencahayaan LED Glyph Interface, Phone (3) mungkin tidak mempunyainya

    Salah satu daripada tiga kamera itu ialah kamera telefoto periskop 50MP yang sudah pun disahkan oleh Nothing, namun maklumat mengenai dua lagi kamera masih belum diketahui, namun ia dikhabarkan adalah kamera ultra-lebar 50MP dan kamera utama 50MP.

    Nothing juga telah mengesahkan cipsetnya iaitu Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4. Spesifikasi lain yang dikhabarkan termasuklah bateri 5,150mAh, pengecasan pantas 100W dan skrin OLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi Full HD+ dan nisbah aspek 20:9.

    Nothing Phone (3) akan dilancar pada 1 Julai ini. Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured