More

    Nothing umum tawaran naik taraf untuk pengguna Phone (1) dan Phone (2) di Malaysia

    Terbaharu, Nothing mengumumkan tawaran eksklusif untuk pengguna telefon pintarnya dengan potongan harga khas bagi model andalan terbaharu, Nothing Phone (3). Pengguna Nothing Phone (1) dan Phone (2) boleh menikmati diskaun RM500 bagi pembelian Phone (3) yang dijual pada harga RM3,299 (12/256GB) dan RM3,799 (16/512GB). Promosi sah dari 15 September hingga 3 Oktober 2025.

    Di Malaysia, tawaran ini boleh ditebus melalui laman rasmi Nothing.tech dengan memasukkan nombor IMEI peranti sedia ada. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk trade-in peranti Phone (1) atau Phone (2) di kedai rakan runcit Nothing untuk menikmati diskaun RM500 dan potongan tambahan bergantung pada nilai trade-in peranti tersebut.

    Promosi ini boleh didapati di beberapa lokasi rakan jualan termasuk DirectD, TMT, Vivid Concepts, SS Solution, Urban Republic dan Nothing Image Store. Dalam perkembangan berkaitan, Carl Pei, minggu lalu mengumumkan bahawa Phone (1) tidak lagi menerima kemas kini perisian Nothing OS 4.0 dan Android 16.

    Walaupun begitu, syarikat menegaskan bahawa janji 3 tahun kemas kini perisian utama telah dipenuhi manakala kemas kini keselamatan akan diteruskan sehingga 2026. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Watch9 turut rasmi dengan harga bermula RM1,499

    Selain siri telefon lipat, Samsung juga melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 untuk pasaran Malaysia. Kedua-dua model...

    Samsung Galaxy Z Fold8, Fold8 Ultra dan Flip8 rasmi di Malaysia, harga bermula RM5,399

    Samsung secara rasmi melancarkan siri telefon pintar boleh lipat Galaxy Z Fold8 Ultra, Galaxy Z Fold8 dan Galaxy Z Flip8 bagi pasaran...

    Peti ais untuk manusia ‘Do Hiemon Box’ dilancar di Jepun dengan harga ~RM43,260

    Syarikat pengeluar peti ais dan mesin layan diri dari Jepun, SDRS, bersama pembekal peralatan industri Trusco Nakayama telah memperkenalkan Do Hiemon Box....

    Pembelian Warner Bros oleh Paramount digantung 14 hari susulan saman 12 negeri

    Hakim persekutuan di California telah mengarahkan Paramount Skydance dan Warner Brothers Discovery untuk menangguhkan penggabungan mereka secara sementara. Keputusan ini dibuat bagi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured