More

    HUAWEI Pura X2 mungkin akan dilancar pada awal 2026

    Selepas HUAWEI memperkenalkan model telefon lipat baharu HUAWEI Pura X pada bulan Mac lalu, kini HUAWEI dikhabarkan akan memperkenalkan generasi baharu untuknya pada awal tahun hadapan iaitu HUAWEI Pura X2.

    Sambutan untuk Pura X telah mendapat sambutan yang agak menggalakkan di China, jadi HUAWEI merancang untuk melancarkan Pura X2 pula pada tahun hadapan sekitar bulan Januari hingga Mac.

    Ia dikhabarkan akan dilengkapi cipset Kirin 9030. Ini adalah andaian yang logik kerana Pura X menggunakan Kirin 9020. Selain cipset, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai Pura X2.

    Jika anda tidak tahu tentang Pura X, ia merupakan sebuah telefon lipat gaya flip dengan nisbah aspek yang agak berbeza dengan telefon flip jenama lain. Apabila skrinnya dibuka, ia mempunyai nisbah aspek 16:10 dan membuatkannya nampak seperti petak dengan sisi yang hampir sama panjang, berbeza dengan kebanyakan telefon flip yang mempunyai nisbah aspek 21:9 dan bentuk memanjang.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HUAWEI Pura X2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured