More

    Xiaomi 17 mungkin akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada Januari 2026

    Siri telefon pintar Xiaomi 17 telah dilancar di China pada 25 September 2025 lalu, dan kini terdapat khabar mengatakan ia mungkin akan dilancar untuk pasaran antarabangsa pada Januari 2026.

    Menurut perkhidmatan penanda aras Geekbench, sebuah telefon dengan nombor model 25113PN0EG telah dikenal pasti sebagai varian Xiaomi 17 untuk pasaran global. Perkara ini dilaporkan oleh pengkhabar berita teknologi Abhishek Yadev.

    Geekbench menunjukkan bahawa Xiaomi 17 versi global akan menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5, RAM 12GB dan sistem operasi Android 16 dengan antara muka HyperOS 3.

    Berdasarkan model yang dilancar di China, Xiaomi 17 akan dilengkapi skrin OLED berukuran 6.3 inci dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz dan tiga kamera belakang (kamera utama + ultra-lebar + telefoto).

    Memandangkan versi global akan menggunakan SKU (stock keeping unit) yang berlainan, besar kemungkinan Xiaomi akan melaraskan kesesuaian rangkaian, ciphering dan camera firmware yang lebih sesuai dengan pasaran antarabangsa.

    Setakat ini masih tiada maklumat rasmi mengenai pelancaran Xiaomi 17 untuk pasaran antarabangsa. Siri telefon ini dikhabar hanya akan menawarkan Xiaomi 17 dan Xiaomi 17 Ultra untuk pasaran antarabangsa, manakala Xiaomi 17 Pro hanya terdapat dalam pasaran China dan negara-negara terpilih.

    Telefon pintar Xiaomi kerap mendapat sambutan yang tinggi untuk pasaran Malaysia, jadi besar kemungkinan siri Xiaomi 17 akan turut dilancar di sini dalam masa terdekat.

    Sebagai rujukan, siri Xiaomi 15 dilancar di Malaysia pada Mac 2025, jadi Xiaomi 17 mungkin akan dilancar dalam tempoh yang sama pada tahun hadapan.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured