More

    OPPO umum harga baru untuk siri OPPO Reno4: Potongan harga hingga RM200, bermula RM1,499

    Terkini, OPPO Malaysia telah mengumumkan harga baharu untuk siri OPPO Reno4 di pasaran Malaysia. OPPO Reno4 kini dijual pada harga RM1,499, manakala OPPO Reno4 Pro dijual pada harga RM2,099.

    Untuk pengetahuan anda, harga asal untuk OPPO Reno4 adalah RM1,699, manakala harga asal OPPO Reno4 Pro berharga RM2,399. Kedua-dua peranti ini kini dijual pada potongan harga sebanyak RM200. Anda boleh menyemak kembali spesifikasi OPPO Reno4 dan OPPO Reno4 Pro di pautan yang disediakan.

    Sepintas lalu, siri OPPO Reno4 dilengkapi kamera kuad berdefinisi tinggi 48MP, skrin Super AMOLED 90Hz dan pengecasan pantas sehingga 65W. Siri ini turut hadir dengan ciri kamera seperti AI Color Portrait, AI Night Flare, mod Ultra Night Selfie dan kemampuan merakam video Slow-motion 960fps.

    Anda boleh mendapatkan siri OPPO Reno4 melalui laman rasmi OPPO, Lazada dan Shopee. Baca ulasan OPPO Reno4 Pro dan tonton video OPPO Reno4 Pro disini.

    Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured