More

    HUAWEI P60 Ultra mungkin akan dilancar sebagai varian tercanggih dalam siri P60

    Siri HUAWEI P merupakan siri telefon pintar yang tercanggih oleh HUAWEI dan model terbaru setakat ini adalah HUAWEI P50 yang terdiri daripada HUAWEI P50 dan HUAWEI P50 Pro. Kini terdapat laporan mengatakan bahawa HUAWEI akan memperkenalkan varian Ultra untuk siri HUAWEI P60 yang seterusnya.

    Menurut pengkhabar berita teknologi di Weibo, siri HUAWEI P60 mungkin akan dilancar pada bulan Mac 2023 dan terdiri daripada empat varian utama iaitu HUAWEI P60E, HUAWEI P60, HUAWEI P60 Pro dan HUAWEI P60 Ultra, di mana varian Ultra akan dilengkapi spesifikasi tertinggi.

    Telefon itu dijangka bakal mempunyai dua kamera 50MP di belakang, dengan sensor Sony IMX789 dan Sony IMX888. Kamera ini bakal mempunyai lensa dengan nilai apertur yang boleh berubah seperti dalam HUAWEI Mate50 Pro.

    Ia juga mungkin dilengkapi cipset Snapdragon 8 dalam varian 4G, skrin OLED BOE berukuran 6.6 inci dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi 3200×1440 dan pemalapan PWM frekuensi tinggi 1,920Hz. Seperti kebanyakan telefon premium pada waktu ini, P60 Ultra mungkin akan turut menawarkan perhubungan satelit untuk komunikasi kecemasan.

    Sebelum ini, HUAWEI selalunya menggunakan penjenamaan “Pro+” sebagai varian tercanggih untuk sebuah siri telefon, seperti yang tertera pada HUAWEI P40 Pro+ dan HUAWEI Mate40 Pro+. Jika maklumat ini benar, siri P60 bakal menjadi telefon HUAWEI pertama dengan penjenamaan “Ultra” serta akan mengikut jejak langkah Samsung dan Xiaomi yang turut menggunakan perkataan tersebut dalam produk mereka yang tercanggih.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave CN

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured