More

    POCO F5 5G mungkin akan dilancar pada 6 April, dilengkapi Snapdragon 7+ Gen 2

    Selepas melancarkan siri POCO X5 pada awal tahun ini, POCO mungkin akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan seterusnya iaitu POCO F5 5G pada 6 April 2023 di India.

    Menurut sumber, POCO F5 5G bakal dilengkapi cipset Snapdragon 7+ Gen 2, iaitu cipset telefon kelas pertengahan yang baru dilancar oleh Qualcomm pada minggu lalu. Selain itu, ia bakal menjadi telefon yang dijenamakan semula daripada Redmi Note 12 Turbo yang juga bakal dilancar tidak lama lagi di China.

    Telefon ini juga dikhabarkan akan dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.67 inci dengan resolusi FullHD+, kadar segar semula 120Hz dan pengimbas cap jari di bawahnya. Spesifikasi lain termasuklah bateri 5,500mAh, pengecasan pantas 67W, pengecasan wayarles 30W, kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 16MP.

    Sebelum ini, POCO F4 merupakan telefon kelas pertengahan yang berkebolehan tinggi, terutamanya dengan cipset Snapdragon 870 dan skrin AMOLED 120Hz berukuran 6.67 inci.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan POCO F5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 91Mobiles

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured