More

    iPhone ini jatuh 4,200 meter dari langit dan masih berfungsi

    Seorang penerjun udara dari Amerika Syarikat, Hatton Smith, telah berkongsi sebuah video pendek dalam TikTok di mana beliau menunjukkan iPhone yang masih berfungsi walaupun ia jatuh daripada ketinggian ~14,000 kaki (~4,267 meter).

    Dalam video tersebut, Smith melompat keluar daripada sebuah kapal terbang yang sedang terbang pada paras 14,000 kaki untuk melakukan terjunannya. Selepas melompat, sebuah iPhone terkeluar daripada poket seluarnya dan beliau gagal menangkap semula telefon itu.

    iPhone tersebut terus jatuh ke tanah dengan impak sepenuhnya daripada ketinggian tersebut, namun apabila Smith berjaya mencarinya, ia masih lagi berfungsi dengan baik.

    @capt_rumcoffee When your phone falls out of your pocket at 14,000 feet #fail #screammovie ♬ original sound – Hatton Smith

    Perlu diketahui bahawa iPhone itu dipakaikan dengan sarung Catalyst yang telah melindunginya daripada impak jatuh. Selain itu, iPhone itu juga terjatuh di atas permukaan berlumpur dan berpaya yang pasti telah menyerap impak jatuh dan melindungi lagi telefon itu.

    Ini bukanlah sebuah iklan daripada Catalyst, kerana Smith gagal menghubungi syarikat yang membina sarung tersebut. Video ini telah mencapai lebih 1.4 juta tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, malah ramai yang berminat dengan sarung tersebut.

    Sebelum ini, terdapat banyak laporan tentang iPhone yang masih berfungsi walaupun selepas ia jatuh daripada tempat yang amat tinggi, serta bertahan selama enam bulan selepas tenggelam dalam tasik.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured