More

    Samsung nafikan khabar angin telefon pintar boleh lipat yang lebih murah

    Samsung Electronics berkata bahawa ia tidak mempunyai rancangan untuk menghasilkan telefon pintar boleh lipat dalam segmen pertengahan. Ini sekali gus menafikan khabar angin baru-baru ini bahawa Z Flip dan Z Fold yang dijadualkan untuk pelancaran musim panas akan datang mungkin berharga serendah $400.

    Dalam kenyataannya, Samsung tidak bercadang untuk mengeluarkan telefon pintar boleh lipat yang berharga dalam julat pertengahan dan khabar angin terkini adalah tidak berasas. Telefon pintar boleh lipat Samsung model Z kini berada dalam segmen premium di bawah siri S perdana.

    Galaxy Z Flip5 yang dilancarkan pada Julai lalu mempunyai harga permulaan RM4,499 manakala Galaxy Z Fold5 bermula RM6,799. Khabar angin sebelum ini telah mengatakan bahawa Samsung mungkin menurunkan harga kedua-dua produk ke tahap pertengahan serendah $400 sebagai tindak balas kepada minat pasaran yang semakin meningkat dalam faktor bentuk boleh lipat.

    Sebelum ini, beberapa sumber mendedahkan bahawa Samsung merancang untuk membawa telefon boleh lipat ke pasaran pertengahan tahun depan seterusnya mengurangkan halangan harga dan menjadikan telefon boleh lipat lebih mudah diakses serta memanggilnya sebagai “matlamat agresif”.

    Namun, Samsung mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tiada apa-apa keputusan mengenai perkara itu. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: JoongAng Daily

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured