fbpx
More

    Nothing lancarkan Kit Pembangun Glyph, pembangun kini bebas bereksperimen

    Nothing Tech telah mengeluarkan Kit Pembangun Glyph (Glyph Developer Kit) yang membolehkan pembangun memanfaatkan lampu LED di belakang telefon Nothing dan menyepadukan fungsi Glyph dalam aplikasi mereka.

    Kit pembangunan perisian (SDK) dilancarkan secara langsung di GitHub dan pada masa ini menyokong peranti Phone (1) dan Phone (2). Phone (1) mempunyai 12 zon pencahayaan LED boleh atur cara manakala Phone (2) memiliki 33 zon pencahayaaan.

    Halaman GitHub untuk Kit Pembangun Glyph menampilkan repositori dan dokumen sokongan bersama arahan terperinci tentang pengindeksan Antara Muka Glyph. Pembangun boleh mula bereksperimen dengan Kit Pembangun Glyph.

    Kepada pemilik telefon Nothing Phone (1) atau Phone (2) yang berminat untuk mencuba kit pembangun ini, anda boleh mendaftar untuk dimaklumkan apabila pendaftaran kunci API dibuka. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nothing

     

    Artikel Terkini

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran...

    HONOR tawarkan Beta Android 15 untuk pembangun pada Magic6 Pro dan Magic V2

    Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan bahawa Beta 1 Android 15 kini tersedia untuk pembangun HONOR sejak 10 Mei 2024. HONOR...

    Meta wajib jelaskan tindakan memadam hantaran pertemuan Anwar, Hamas

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini mengecam tindakan Meta menghapuskan laporan berita mengenai pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin...

    Nothing tawarkan Android 15 Beta 1 pada Phone (2a) tetapi bukan pada telefon andalannya

    Android 15 sedang menjana keterujaan dengan butiran lanjut dijangka daripada Google pada acara I/O yang akan datang. Menjelang pengumuman ini, beberapa pengeluar...

    Sony Xperia 10 VI dilancar: Telefon pertengahan dengan skrin OLED 21:9, SD 6 Gen...

    Selain melancarkan telefon pintar andalan Xperia 1 VI pada hari ini, Sony turut melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Sony Xperia 10 VI....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X