More

    Anda pengguna Samsung Galaxy? Jom jana gambar AI untuk ucapan Hari Raya ini!

    Hari Raya Aidilfitri semakin hampir! Menjelang perayaan ini, ramai pengguna di Malaysia menggunakan alat kreatif di telefon mereka untuk menghantar ucapan digital. Salah satu cara mudah yang tersedia pada telefon pintar Samsung Galaxy adalah dengan menggunakan ciri pelekat terbina dalam untuk menggabungkan gambar peribadi dengan imej latar.

    Siapa yang boleh menggunakannya?

    Ciri ini tersedia untuk peranti Samsung Galaxy yang menyokong Galaxy AI bagi mencipta pelekat dalam Samsung Photo Gallery. Anda hanya memerlukan gambar keluarga atau pasangan dan satu imej latar. Jika anda tidak mempunyai imej latar yang sesuai, Samsung juga telah menyediakan arahan generatif AI untuk mencipta bingkai foto yang boleh anda ubah suai.

    Pengguna boleh memuat turun atau menjana latar belakang AI dan kemudian menggunakan alat pelekat untuk memasukkan gambar. Hasilnya ialah ucapan Hari Raya yang unik dan boleh dikongsi melalui aplikasi pemesejan atau media sosial. Kebanyakan telefon pintar Samsung Galaxy yang dikeluarkan dalam dua hingga tiga tahun terakhir dilengkapi dengan alat penyuntingan ini di bawah Samsung One UI dan Samsung Galaxy AI.

    Cara menjana imej latar AI:

    Walaupun anda boleh menggunakan arahan berikut dengan Bing, Microsoft Copilot, Gemini dan lain-lain, tetapi kali ini kami menggunakan ChatGPT. Berikut adalah arahan yang digunakan:

    “Cipta imej bingkai foto sisi rata yang besar untuk Hari Raya Aidilfitri dengan tema teknologi digital, menggunakan warna jingga dan putih. Paparkan teks ‘SELAMAT HARI RAYA’ dan ‘AIDILFITRI’ hanya sekali dengan warna yang terang, perincian yang rumit dan pandangan yang sangat luas.”

    Anda boleh menukar warna “jingga dan putih” kepada warna lain yang anda suka dan juga menukar tema “teknologi digital” kepada tema lain yang sesuai. Kadangkala teks mungkin tidak sempurna, jadi teruskan mencuba (taip “try again”) sehingga ia kelihatan baik. Anda juga boleh menukar saiz daripada pandangan luas kepada potret atau segi empat sama mengikut keperluan.

    Berikut ialah imej latar belakang yang kami jana melalui AI

    Cara membuat imej ucapan Hari Raya Aidilfitri

    Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat imej ucapan Hari Raya Aidilfitri menggunakan aplikasi Samsung Photo Gallery:

    1. Buka imej latar belakang dalam aplikasi Samsung Photo Gallery.
    2. Sunting imej dengan mengetik ikon pensil.
    3. Tambah gambar menggunakan fungsi pelekat dengan mengetik ikon Hiasan, kemudian pilih “Pelekat” dan tekan ikon +.
    4. Pilih gambar anda. Peranti akan secara automatik mengenal pasti individu dalam gambar. Buat sebarang pelarasan yang diperlukan dan tekan Seterusnya.
    5. Gambar anda akan muncul sebagai pelekat. Ubah saiz dan posisinya mengikut kesesuaian, kemudian tekan Simpan.
    6. Kongsi ucapan anda melalui aplikasi pemesejan atau media sosial!

    Ciri Tambahan untuk Pengguna Samsung Galaxy S25 Series

    • Jika anda menggunakan siri Samsung Galaxy S25, kami mengesyorkan anda mengambil gambar berkumpulan dengan Motion Mode diaktifkan. Ini membolehkan anda menukar ekspresi wajah individu dalam foto menggunakan ciri Best Face.
    • Jika anda mempunyai Samsung Galaxy S25 Ultra, anda boleh menjana imej latar belakang sendiri menggunakan ciri Drawing Assist.
    Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin!
    Jika anda mempunyai Samsung Galaxy S25 Ultra, anda boleh menjana bingkai foto sendiri untuk membuat imej Ucapan Hari Raya

    Semoga Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih bermakna dengan Samsung Galaxy anda! Ada tip atau trik lain yang ingin anda kongsikan? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    [Terjemahan TechNave En]

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured