More

    ASUS ROG Phone 6D dapat pengiktirafan China, mungkin dilengkapi cipset Dimensity 9000

    Telefon pintar gaming ASUS ROG Phone 6 telah pun dilancar pada bulan Julai lalu di mana ia menampilkan spesifikasi tercanggih seperti cipset andalan Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1, pengecasan pantas 65W dan skrin AMOLED dengan kadar segar semula 165Hz.

    Kini, ASUS dikhabarkan bakal melancarkan sebuah lagi varian dalam siri ROG Phone 6 iaitu ROG Phone 6D. Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, telefon itu telah pun mendapat pengiktirafan Compulsory Certification of China (3C) dengan dua nombor model iaitu ASUS_AI2203_A dan ASUS_AI2203_B.

    Beliau juga mengatakan ROG Phone 6D bakal dilengkapi cipset andalan oleh MediaTek iaitu Dimensity 9000 Plus. Huruf D dalam nama telefon itu mungkin menandakan bahawa telefon ini dilengkapi cipset Dimensity.

    Selain daripada cipset, ROG Phone 6D akan dilengkapi spesifikasi sama seperti ROG Phone 6 asal termasuklah skrin AMOLED 165Hz, pengecasan pantas 65W dan bateri besar 6,000mAh.

    Di samping itu, ia juga telah mendapat pengiktirafan Restriction of Hazardous Substances (RoHS) dalam Kesatuan Eropah. Menurut laman web ASUS yang menyenaraikan produk yang telah mendapat pengiktirafan RoHS, ROG Phone 6D adalah salah satu produk yang disenaraikan.

    Sebelum ini, ASUS selalunya melancarkan varian baharu untuk ROG Phone dengan huruf S seperti ROG Phone 5S dan varian ini sentiasa dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon terbaru. Mungkin bermula tahun ini, ASUS ingin menawarkan ROG Phone yang dilengkapi cipset MediaTek pula.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured