More

    Boost Bank dilancar: Bank digital pertama yang dimiliki syarikat Malaysia, tawarkan kadar faedah sehingga 3.6%

    Syarikat teknologi kewangan Boost yang dikenali dengan perkhidmatan e-dompetnya kini telah melancarkan sebuah bank digital iaitu Boost Bank. Ia merupakan bank digital ketiga yang dilancar dalam Malaysia (selepas GXBank dan AEON Bank) dan merupakan sebuah perkhidmatan perbankan yang dibina dengan kerjasama RHB Bank.

    Ini juga bermaksud Boost Bank adalah bank digital pertama dalam Malaysia yang ditubuhkan dengan kerjasama sebuah bank konvensional, serta bank digital pertama yang dimiliki syarikat Malaysia sepenuhnya. Boost mempunyai pegangan 60% dalam Boost Bank manakala baki pegangan 40% pula dimiliki oleh RHB Bank.

    Seperti bank digital lain, Boost Bank menawarkan perkhidmatan seperti akaun simpanan, pemindahan wang dan urusan pembayaran yang boleh dilaksanakan sepenuhnya dalam aplikasi. Jika anda berminat, aplikasi Boost Bank boleh dimuat turun daripada Google Play Store atau Apple App Store dan pendaftarannya mengambil masa yang singkat.

    Beberapa contoh perkhidmatan dalam Boost Bank

    Sementara itu, pengguna e-dompet Boost juga boleh membuka akaun Boost Bank melalui aplikasi tersebut. Antara fungsi lain yang ditawarkan dalam aplikasi Boost Bank termasuklah Freeze Account untuk memansuhkan segala transaksi buat sementara, Device Binding untuk kawalan peranti dan Cool-Off Period untuk tempoh menunggu buat pendaftaran peranti baharu.

    Selain itu, Boost Bank mempunyai tiga tahap penggunaan iaitu Boost Basic, Platinum Resident dan Platinum Resident With Partner Benefits. Berdasarkan tahap tersebut, ia menawarkan kadar faedah harian 0.5% per annum untuk simpanan bawah RM2,000 atau kadar faedah harian 2.5% per annum untuk simpanan melebihi jumlah tersebut.

    Tahap penggunaan Boost Bank

    Anda juga boleh mendapatkan kadar faedah harian yang lebih tinggi sehingga 3.6% per annnum jika anda menyimpan wang dalam Saving Jars. Daripada segi kad debit, ia tidak ditawarkan namun Boost Bank mempunyai perancangan untuk memperkenalkannya pada masa hadapan.

    Di samping itu, para pengguna boleh nikmati pelbagai ganjaran dan penjimatan untuk beberapa produk terpilih daripada CelcomDigi, MYDIN, Bataras Sdn Bhd dan banyak lagi.

    Duit yang disimpan dalam akaun Boost Bank akan dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malayisa (PIDM) sehingga RM250,000.

    "
    "

    Layari laman web Boost Bank untuk maklumat lanjut mengenai bank digital baharu ini. Jika anda masih tidak pasti tentang konsep bank digital, anda boleh baca artikel ini untuk maklumat ringkas mengenainya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Boost Bank dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured