More

    CEO XPENG ramal banyak syarikat EV di China akan tutup pada tahun ini

    Pasaran kenderaan elektrik (EV) di China terus berkembang pesat dengan persaingan yang semakin sengit. Namun, Ketua Pegawai Eksekutif XPENG, He Xiaopeng, menjangka cabaran besar akan melanda industri ini bermula 2025.

    Dalam emel kepada kakitangan, He Xiaopeng menyatakan bahawa tempoh 2025 hingga 2027 bakal menjadi “pusingan penyingkiran” bagi industri automotif di China. Dengan ratusan pengeluar EV di negara itu, ramai dijangka gagal bertahan atau akan digabungkan dengan syarikat lain.

    XPENG sendiri sedang berusaha mencapai keuntungan tahun ini selepas mencatat jualan hampir 200,000 unit pada 2024. He Xiaopeng menekankan pentingnya kecekapan dan prestasi kakitangan untuk memastikan syarikat keluar daripada “pusingan penyingkiran” ini dalam keadaan kukuh dan menguntungkan. Fenomena ini bukan hanya pandangan XPENG.

    CEO Mercedes-Benz, Ola Källenius, turut menyuarakan kebimbangan serupa pada Oktober 2024 dengan menyifatkan keadaan pasaran sebagai “perang harga Darwinian”. Beliau menjangka banyak syarikat automotif akan lenyap dalam tempoh lima tahun akan datang.

    He Xiaopeng juga menjangkakan hanya tujuh syarikat utama akan kekal dominan dalam pasaran EV China dalam tempoh sepuluh tahun akan datang. Daripada 300 syarikat permulaan, hanya 40 yang masih menjual kenderaan setiap tahun. Persoalannya kini, siapakah yang akan bertahan?

    Syarikat mana yang mampu meningkatkan permintaan sambil mengurangkan kos untuk menguasai pasaran EV yang semakin matang? Jawapannya akan terungkai apabila pasaran terus berkembang dan menghadapi cabaran. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Business Insider

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...