More

    Ciri berbayar Apple Intelligence dijangka tidak akan dilancarkan dalam 3 tahun terdekat

    Beberapa penganalisis melaporkan bahawa Apple mungkin akan mengenakan bayaran sebanyak $20 (~RM92)/bulan untuk ciri Apple Intelligence berbayar. Namun, Mark Gurman dalam surat berita Power On menjelaskan bahawa walaupun Apple berkemungkinan akan mengenakan bayaran untuk ciri-ciri ini, ia tidak akan berlaku dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun akan datang.

    Apple telah memperkenalkan set ciri awal Apple Intelligence semasa Worldwide Developers Conference (WWDC) termasuk Siri baharu, Genmoji dan Image Playground yang kebanyakannya beroperasi secara dalaman pada peranti. Gurman menjangkakan Apple akan membangunkan ciri yang lebih maju sebelum mula mengenakan bayaran dan proses ini mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk mencapai tahap yang layak dikenakan bayaran.

    Bukan itu sahaja, syarikat itu juga merancang untuk mula melancarkan Apple Intelligence dalam kemas kini perisian pada bulan Oktober menandakan bahawa iPhone 16 tidak akan hadir dengan ciri ini semasa pelancarannya. Penangguhan ini berlaku mungkin kerana kebimbangan tentang kestabilan ciri-ciri Apple Intelligence dan keperluan masa yang mencukupi untuk pembangun menguji perisian tersebut. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: 9to5mac

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured