More

    DNB lancarkan rangkaian 5G Advanced di Malaysia bersama Ericsson

    Agensi pembinaan infrastruktur 5G negara, Digital Nasional Berhad (DNB), baru-baru ini melancarkan teknologi rangkaian 5G Advanced (juga dikenali sebagai 5.5G) bagi menawarkan perkhidmatan internet yang lebih pantas dengan kependaman (latency) rendah kepada para pengguna. Teknologi ini dibina dengan kerjasama syarikat telekomunikasi antarabangsa Ericsson.

    Teknologi 5G Advanced akan dibina berdasarkan infrastruktur 5G sedia ada bagi menawarkan hubungan yang konsisten dan pantas pada setiap masa, serta mempengaruhi kelakuan rangkaian (network behaviour) untuk mencapai sasaran yang dikehendaki. Rangkaian DNB ini akan menggunakan operasi AI intent-based operations oleh Ericsson untuk menyediakan rangkaian yang berprestasi tinggi.

    Selain itu, 5G Advanced menawarkan fungsi RedCap (Reduced Capability) yang akan memanjangkan hayat bateri peranti dan mengurangkan kerumitan untuk peranti boleh pakai dan sensor industri. Ini bermaksud perniagaan boleh mendapatkan manfaat IoT (internet of things) dengan lebih cekap dan memudahkan inovasi.

    Perlu diingati bahawa rangkaian 5G Advanced hanya boleh dimanfaatkan oleh sektor perniagaan sahaja buat waktu ini dan bukan untuk kegunaan umum, kerana setakat ini tiada peranti peribadi yang menyokong rangkaian 5.5G.

    Setakat Disember 2024, Malaysia mencatatkan langganan perkhidmatan 5G sebanyak 18.2 juta, bersamaan dengan kadar penggunaan 53.4%. Daripada segi kawasan liputan 5G pula, ia telah pun disediakan dalam 80% daripada kawasan berpenduduk di seluruh negara.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Ericsson

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...