More

    Fahmi Fadzil dan SKMM akan bertemu Meta pada hari ini untuk bincang isu “scam”

    Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bertemu dengan pengurusan platform Meta bagi membincangkan isu penipuan dalam talian atau scam yang sangat berleluasa pada waktu ini.

    Dalam pertemuan tersebut, KKD dan SKMM ingin mengetahui mengapa Meta begitu lambat dalam mengenal pasti penipuan yang berlaku melalui perkhidmatannya seperti Instagram, Facebook dan WhatsApp. Contoh penipuan seperti pencuci rumah, jualan kereta atau produk yang serupa langsung tidak mendapat perhatian daripada pihak Meta.

    Menteri KKD, Fahmi Fadzil, mengatakan platform media sosial wajar membuka pejabat di negara ini bagi memantau rapat masalah berkaitan penipuan dalam perkhidmatan media sosial. Buat masa ini, syarikat media sosial menyediakan perkhidmatannya di sini namun tidak menubuhkan pangkalan atau pejabat di Malaysia.

    Selain wakil Meta, KKD dan SKMM akan turut bertemu wakil daripada syarikat-syarikat telekomunikasi untuk membincangkan pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara. Pada minggu lalu, KKD mengatakan Digital Nasional Berhad (DNB) hanya boleh membina infrastruktur 5G sehingga 80 peratus liputan, kemudian ia akan beralih kepada dual network.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Berita Harian

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured