fbpx
More

    ‘Game’ untuk orang yang berjiwa kental – Ulasan Returnal PlayStation 5

    Sebelum ini, kami telah mengulas mengenai game eksklusif PlayStation 5 (PS5) iaitu Ratchet & Clank: Rift Apart yang boleh dikatakan antara game yang paling menawan setakat ini. Kali ini, kami ingin mengulas sebuah lagi game eksklusif PlayStation 5 iaitu Returnal. Secara ringkas, Returnal adalah sebuah game menembak yang dimainkan secara seorang diri dari sudut ketiga. Penulis telah berjaya untuk menghabiskan game ini (tidak semudah yang disangka), jadi mari kita lihat apa yang menarik mengenai Returnal.

    Reka bentuk ‘game’ – Grafik yang berwarna warni

    Seperti Ratchet & Clank: Rift apart, Returnal juga mempunyai kualiti grafik yang sangat menawan. Suasananya berwarna warni dan dilengkapi pelbagai potongan adegan yang sinematik. Sepanjang bermain game ini, penulis merasakan kebanyakan kawasan di dalam game ini terasa sedikit gelap (mungkin untuk menambahkan elemen misteri). Namun begitu, warna cerah yang dihasilkan oleh pihak lawan dan peluru senjata anda menjadikannya lebih cantik dan menarik perhatian.

    Untuk ciri baru PS5 seperti ray tracing, ia jarang digunakan pada game ini tetapi pencahayaan dan bayang-bayang karakter di dalam game ini amat bagus. Terdapat beberapa lokasi (biome) berbeza yang ada pada game ini bersama jenis musuh yang pelbagai. Jadi, anda tidak akan rasa bosan dengan grafik yang disediakan.

    Mekanik ‘Game’ – Sangat mencabar

    Returnal menceritakan mengenai seorang angkasawan yang terhempas di planet Atropos. Di situ, karakter utama mencuba untuk merungkai rahsia planet tersebut kerana setiap kali mati, karakter utama akan hidup semula di kapal angkasanya yang terhempas. Konsep berulang-ulang ini membuatkan game ini sukar.

    Bukan itu sahaja, game ini tidak mempunyai pilihan ‘save’ ataupun ‘Auto-Save’. Jadi, jika anda sudah melepasi biome ketiga dan mati, anda akan mula semula di biome yang pertama (kecuali anda berjaya mengaktifkan Reconstructor). Anda juga tidak boleh mematikan PS5 sewaktu bermain dan hanya boleh meletakkan pada rest mode untuk memastikan anda tidak kembali ke tempat permulaan.

    Kawasan kapal angkasa terhempas (akan hidup semula di sini)
    Reconstructor yang bertindak sebagai checkpoint, namun memerlukan 6 ether untuk diaktifkan

    Namun jangan risau peta lokasi akan berubah setiap kali anda mati. Ini dapat berikan pengalaman gaming yang baru dan tidak membosankan. Game ini mempunyai 6 biome dan setiap biome akan diakhiri dengan musuh besar (boss). Anda sememangnya memerlukan kemahiran menembak dan mengelak yang baik untuk menghabiskan game ini.

    Satu perkara lagi, game ini tidak mempunyai tetapan difficulty, jadi anda tidak boleh mengurangkan kadar kesukaran jika anda inginkan jalan yang lebih mudah.

    Apa yang menjadikan game ini seronok adalah pilihan senjata, consumable, artifact dan parasites yang boleh diperolehi. Setiap objek ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing (dan ianya didapati secara rawak).

    Gabungan senjata dan consumable yang baik mungkin dapat memudahkan perjalanan anda sepanjang game ini. Ini bermakna selain kemahiran bermain, nasib yang baik juga adalah salah satu faktor yang membantu anda mengharungi game ini.

    Selain didapati secara rawak, Consumables juga boleh dibeli menggunakan obolites

    Seperti game Ratchet & Clank sebelum ini, Returnal juga turut menggunakan kebolehan controller Dualsense dengan baik. Setiap senjata dan pergerakan karakter mempunyai maklum balas haptik yang berbeza dan dapat menambahkan pengalaman gaming anda. Selain dari itu, antara kelebihan Returnal adalah muzik latar belakangnya. Bunyi ambien seperti hujan dan juga muzik ketika melawan musuh kecil dan besar membuatkan anda terpegun dan terpukau. Ia juga dapat membuatkan anda terasa sangat sunyi di planet misteri ini.

    ‘Gameplay’ yang memenatkan dan memakan masa

    Seperti yang diberitahu tadi, setiap kali anda mati, anda akan hidup semula di tempat permulaan. Anda pasti terasa geram lebih-lebih lagi jika mati di tempat yang tak sepatutnya. Secara ringkas, kami boleh katakan bahawa game ini sangat memenatkan kerana anda terpaksa berulang-ulang mengharungi musuh yang hampir sama. (Penulis telah mati sebanyak 31 kali dan mengambil masa lebih dari 24 jam untuk menghabiskan game ini).

    Memang tak dinafikan, anda akan sering kali merasakan deruan adrenalin (adrenaline rush) sewaktu bermain game ini kerana anda akan mencuba sebaik mungkin untuk menjaga nyawa karakter utama. Penulis terpaksa mengambil rehat beberapa minit sebelum melawan musuh besar untuk mendapatkan fokus yang terbaik.

    Konsep berulang-ulang yang ada pada game ini mungkin akan membuatkan sesetengah pemain berputus asa tetapi bagi kami jalan cerita disebalik planet misteri ini pastinya membuatkan anda ingin tahu mengenai kebenaran yang sebenar (Game ini mempunyai plot twist yang tidak disangka).

    Bermain game di dalam game?

    Kesimpulan – Sebuah ‘game’ PS5 yang sangat mencabar

    Returnal adalah sebuah game yang seronok walaupun sukar untuk dihabiskan. Kami boleh simpulkan bahawa ia bukanlah sebuah game yang boleh dimainkan oleh semua orang. Kepada yang ingin mencari game yang mudah dan tidak memenatkan, Returnal mungkin bukan untuk anda.

    Apa pun, dengan muzik latar belakang yang mengagumkan serta pilihan senjata yang menarik, Returnal layak untuk mendapat pujian sebagai sebuah game PS5 yang unik. Jika kami ingin berikan markah, kami akan berikan 8.5/10.

    Kelebihan – Muzik latar belakang sedap, jalan cerita yang menarik serta pilihan senjata yang unik

    Kelemahan – Sangat mencabar dan bukan untuk semua orang

    Konklusi – Sebuah game ekslusif PlayStation 5 untuk orang yang berjiwa kental

    Adakah anda sudah menghabiskan game ini? Berikan ulasan anda pula di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer Swift Go 14 (2024) dilancar di Malaysia: Komputer riba dengan fungsi AI, skrin...

    Pada hari ini, Acer Malaysia melancarkan komputer riba multimedia Acer Swift Go 14 terbaru yang menampilkan rekaan nipis (14.9mm) dan ringan (1.32kg),...

    NASA sahkan objek yang menembusi bumbung di AS adalah serpihan roket

    Pada 8 Mac 2024, satu serpihan roket angkasa lepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) terhempas dan menembusi bumbung sebuah rumah di Naples,...

    Panduan beli-belah gajet dan peranti murah sempena Hari Raya 2024!

    Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu daripada perayaan terbesar di Malaysia, jadi pelbagai syarikat teknologi dan elektronik akan mengambil kesempatan ini...

    HONOR Malaysia bakal lancarkan 4 produk baharu pada 22 April ini

    HONOR Malaysia akan memperkenalkan empat peranti terbaru mereka di acara MAGICal Ria Raya pada 22 April ini. Peranti-peranti tersebut termasuklah tablet HONOR...

    Insta360 X4 dilancar dengan rakaman 8K, kamera CMOS 72MP berharga RM2,499

    Insta360 yang merupakan syarikat penghasilan kamera aksi telah melancarkan Insta360 X4 dengan rakaman beresolusi 8K pertamanya. Kamera aksi ini dilengkapi dengan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X