More

    Google Maps akan perkenalkan kemas kini yang menyertakan maklumat tempatan tentang COVID-19

    Bagi memudahkan para pengguna Google Maps untuk bergerak ke destinasi masing-masing secara selamat pada waktu pandemik COVID-19 ini, syarikat tersebut akan menyertakan maklumat yang berkaitan tentang penularan wabak tersebut dalam kemas kini terbaru.

    Dalam kemas kini tersebut, pengguna akan menerima nasihat atau amaran daripada pihak berkuasa tempatan apabila mereka mencari arah menggunakan kenderaan awam (transit alerts). Fungsi ini sedang diberikan kepada pengguna di Argentina, Australia, Belgium, Brazil, Colombia, Perancis, India, Mexico, Netherlands, Sepanyol, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

    Pengguna kenderaan awam juga boleh melihat sejarah kepadatan pengguna dalam bas atau kereta api mengikut waktu dalam sehari, agar mereka boleh merancang perjalanan mereka untuk mengelakkan pendedahan kepada bilangan orang yang terlalu ramai.

    Jika pengguna ingin memandu, Google Maps akan memberitahu sebarang sekatan jalanraya atau pusat pemeriksaan COVID-19 sepanjang perjalanan mereka. Bagi mereka yang ingin ke pusat perubatan atau pusat ujian COVID-19, aplikasi itu akan memaklumkan sebarang syarat dan panduan untuk mengelakkan sebarang masalah dan mengurangkan beban terhadap sistem perubatan tempatan. Fungsi ini akan mula diperkenalkan di Indonesia, Israel, Filipina, Korea Selatan dan AS.

    Kemas kini Google Maps ini masih belum berada di Malaysia, namun kita boleh jangkakannya dalam masa terdekat. Beritahu kami di Facebook jika fungsi Google Maps baru ini akan membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Google Blog

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured