More

    Google perkenal Pixelsnap – Aksesori pengecasan magnetik baharu untuk siri Pixel 10

    Selain siri Pixel 10, Watch 4 dan Buds 2a, Google turut melancarkan barisan aksesori baharu yang dinamakan Pixelsnap direka khusus untuk siri Pixel 10 dengan sokongan pengecasan wayarles Qi2. Teknologi ini berfungsi seperti MagSafe di mana telefon akan melekat pada pengecas atau aksesori menggunakan magnet.

    Antara produk utama termasuk Pixelsnap Charger yang menyokong pengecasan pantas sehingga 25W pada Pixel 10 Pro XL dan 15W untuk model lain. Terdapat juga versi dengan stand terbina yang membolehkan telefon berdiri bagi memaparkan gambar, cuaca atau kawalan rumah pintar.

    Google turut memperkenalkan Pixelsnap Ring Stand iaitu cincin magnetik yang berfungsi sebagai stand untuk menonton video atau pegangan tambahan. Selain itu, semua sarung rasmi Pixel 10 kini dilengkapi magnet Pixelsnap untuk memudahkan pengguna menggunakan aksesori.

    Bagi pengecasan berwayar, Google menawarkan Pixel Flex Dual Port 67W USB-C Fast Charger dengan dua port pintar yang boleh mengecas dua peranti serentak. Tempahan aksesori Pixelsnap dibuka bermula 21 Ogos 2025 manakala jualan di kedai fizikal bermula 28 Ogos 2025.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...