More

    HONOR 400 Lite akan dilancar di Malaysia pada 25 April 2025, bakal “bunuh iPhone”

    Selepas melancarkan lima peranti HONOR Alpha Plan (komputer, tablet dan peranti boleh pakai) pada beberapa minggu lalu, kini HONOR Malaysia akan melancarkan sebuah telefon pintar kelas pertengahan yang baharu iaitu HONOR 400 Lite pada hari Jumaat, 25 April 2025. Ini merupakan telefon yang dihuraikan sebagai “pembunuh iPhone” pada beberapa hari lalu.

    Telefon ini mempunyai fungsi butang khas AI Button yang serupa seperti Camera Control pada siri iPhone 16, namun dijual pada harga yang jauh lebih murah. Dengan sekali tekan, AI Button boleh menyediakan pelbagai informasi, bantuan kerja dan penterjemahan segera yang dikuasakan oleh Google Lens dan Google Gemini.

    AI Button juga mempunyai fungsi Camera Control yang akan membantu anda mengambil gambar, merakam video dan melaraskan fokus dengan lebih mudah. Dengan meleret jari, anda boleh zum masuk dan keluar dengan mudah.

    Ia juga mempunyai fungsi Google Lens yang boleh mengambil gambar sebarang objek kemudian ia akan memberi pelbagai maklumat mengenainya. Sebagai contoh, anda boleh mengambil gambar sesebuah produk sewaktu membeli-belah, kemudian Google Lens akan menyediakan pelbagai laman web dan senarai harga untuk memudahkan perbandingan harga.

    Untuk para pelajar, terdapat Homework Mode yang akan menyediakan panduan untuk menyiapkan kerja rumah dalam subjek matematik, kimia dan biologi. Ia akan menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diketahui untuk melengkapkannya.

    Seperti kebanyakan telefon Android lain, anda boleh menekan lama pada butang kuasa untuk mengaktifkan Google Gemini. Ia meneruskan lagi beberapa fungsi yang sudah ditawarkan dalam telefon HONOR sebelum ini, seperti AI Eraser, AI Outpainting, Face-to-Face Translate, Magic Portal dan Circle to Search with Google.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR 200 Lite dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured