More

    HONOR akan lancarkan komputer riba dengan cip Snapdragon pertama di IFA

    HONOR akan memperkenalkan komputer riba MagicBook Art 14 untuk pasaran global di IFA pada awal September ini. HONOR telah melancarkan MagicBook Art 14 di China pada bulan Julai dengan pilihan cipset Core Ultra 5 atau Core Ultra 7. Kini, sumber mendedahkan bahawa pelancaran global akan menyertakan varian berkuasa Snapdragon.

    Berita itu datang daripada sumber yang boleh dipercayai yang mendedahkan bahawa pelancaran global bukan sahaja akan menyertakan pilihan warna Kelabu Klasik baharu tetapi juga model berasaskan Windows-on-Arm dikuasakan oleh cip Snapdragon. Namun, sumber tidak mendedahkan nama model sebenar cipset itu.

    Selain daripada pilihan Kelabu Klasik baharu, komputer riba ini tersedia dalam warna Hijau dan Putih. Walaupun maklumat yang dinyatakan di atas masih menjadi khabar angin, HONOR sebelum ini mengesahkan bahawa ia akan memperkenalkan beberapa produk pada acara IFA di Berlin termasuk HONOR Magic V3 boleh lipat, MagicPad 2 dan MagicBook Art 14.

    MagicBook Art 14 akan menjadi komputer riba berasaskan Windows-on-Arm pertama HONOR. Versi berkuasa Core Ultra yang sudah tersedia di China hanya setebal 1cm dan beratnya hanya 1.03kg tetapi masih mempunyai sistem penyejukan dwi-kipas.

    Penggunaan cipset Snapdragon boleh menjadikan komputer riba lebih cekap kuasa dan berkemungkinan ia menjadi lebih nipis serta ringan. Namun begitu, kita perlu menunggu pengumuman rasmi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured