More

    HONOR Magic7 Pro kini tersedia di pasaran Malaysia dengan hadiah bernilai RM1,297

    Peranti flagship terbaharu, HONOR Magic7 Pro, kini tersedia di kedai seluruh negara. Selepas dilancarkan minggu lalu, telefon pintar flagship AI ini mencatatkan tempahan yang luar biasa. Dengan reka bentuk premium dan ciri-ciri AI canggih, HONOR Magic7 Pro menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari telefon pintar berprestasi tinggi.

    Untuk setiap pembelian HONOR Magic7 Pro, pembeli akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,297 termasuk Pemegang Pengecas Wayarles HONOR SuperCharge, Jaminan Lanjutan 1 Tahun dan Pelan Penggantian Satu Sama Satu 180 Hari. Ia tersedia dalam dua varian iaitu 12/512GB berharga RM4,599 dan 16/1TB berharga RM5,199.

    Kepada yang berminat dengan peranti ini, anda boleh membelinya di HONOR Store, kedai dalam talian serta pengedar sah seperti Senheng, SenQ, Urban Republic dan Harvey Norman. Selain itu, HONOR Watch 5 dan HONOR Earbuds Open turut dilancarkan dengan harga RM599 dan RM699 bagi melengkapkan kemas kini ekosistem pengguna.

    HONOR Magic7 Pro menawarkan keupayaan kamera yang luar biasa dengan ciri AI Super Zoom yang membolehkan pengguna menangkap gambar jelas dari jarak jauh serta mod AI Enhanced Portrait untuk potret ultra-tinggi. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika berminat dengan HONOR Magic7 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured