More

    HONOR MagicBook Art 14 rasmi di Malaysia dengan kamera magnetik AI berharga RM5,999

    Selain HONOR Magic V3 dan MagicPad 2, HONOR juga memperkenalkan MagicBook Art 14. Ia adalah komputer riba yang direka bentuk untuk ringan dan nipis dengan ketebalan 1 cm serta berat hanya 1 kg. MagicBook Art 14 dilengkapi dengan pemproses Intel Core Ultra 5 125H, Intel Arc Graphics dan paparan skrin sentuh OLED 3.1K 14.6 inci.

    Paparan juga disepadukan dengan teknologi perlindungan mata terkini seperti PWM Flicker-Free Dimming 4320Hz, Dynamic Dimming, TÜV Rheinland Low Blue Light dan Pensijilan TÜV Rheinland Flicker-Free. MagicBook Art 14 juga menampilkan Kamera Magnetik AI pertama dalam industri.

    Kameranya boleh ditanggalkan dan dilekatkan dengan magnet yang boleh dilekatkan pada bahagian atas skrin. Fungsi AI lain yang patut diberi perhatian termasuk Pembatalan Bunyi Dwi Arah AI, Perlindungan Privasi Pintar untuk Pencerminan Skrin, kerjasama berbilang skrin, HONOR Connect, AI HONOR Notes, AI Global Favorites dan Microsoft Copilot.

    Daripada segi reka bentuk, MagicBook Art 14 menggabungkan badan aloi magnesium dengan papan kekunci titanium. Turut dipasangkan sistem Penyejukan Wap terkini dan Integral Antena untuk pengalaman dalam talian yang lancar. Ia juga dilengkapi dengan USB-C, USB-A, HDMI, dan bicu audio 3.5mm.

    Hadir dengan warna Emerald Green, HONOR MagicBook Art 14 tiba pada 20 September 2024 dengan harga RM5,999. Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan hadiah bundle bernilai RM1,106 termasuk waranti lanjutan 1+2 tahun, beg galas HONOR dan langganan Microsoft 365 percuma 1 Tahun. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi HONOR Malaysia di sini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR MagicBook Art 14 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...