More

    Kongsi maklumat palsu tentang Coronavirus, anda akan didenda RM100k dan penjara

    Sewaktu dunia sedang menghadapi penyebaran wabak Coronavirus dari China, kerajaan juga nampaknya terpaksa menangani satu lagi ‘virus’ yang mungkin sama bahayanya iaitu penyebaran berita palsu. Ribuan maklumat palsu dan penuh sensasi telah dikongsikan dalam media sosial dan aplikasi pemesejan, kerajaan seluruh dunia kini terpaksa memperbetulkan persepsi salah ini demi membendung panik yang keterlaluan.

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah pun mengeluarkan beberapa kenyataan media untuk membidas dakwaan-dakwaan palsu berkenaan penyebaran Coronavirus dalam negara. Dalam usaha untuk membanteras penyebaran berita palsu, beberapa badan perubatan mengarahkan rakyat Malaysia untuk kekal tenang, dapatkan informasi daripada sumber rasmi dan amalkan langkah pencegahan yang dinasihati oleh KKM.

    Badan-badan ini percaya struktur perubatan negara adalah kukuh dalam menangani sebarang penyebaran wabak, seperti yang telah dilakukan sewaktu penyebaran SARS pada 2003, H1N1 pada 2009 dan MERS pada 2014. Mereka menggesa rakyat, ahli-ahli politik, media dan semua pihak berkenaan untuk bertindak dengan bertanggungjawab sewaktu krisis ini.

    Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula turut memberi amaran kepada netizen yang tidak bertanggungjawab dan menyebarkan berita palsu. Penyebaran maklumat palsu adalah satu jenayah di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika disabit kesalahan, pesalah akan dikenakan denda RM100,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

    TechNave berharap agar para pembaca akan menggunakan kemudahan internet dengan penuh cermat. Kongsi nasihat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...