fbpx
More

    Model iPhone 12 manakah yang sesuai untuk anda beli?

    Apple telah mengeluarkan siri terbaru untuk peranti iPhone pada 14 Oktober lepas. Ia sememangnya agak lewat berbanding tarikh pelancaran siri iPhone 11, namun Apple kali ini memberi varian terbaru untuk siri iPhone 12. Di antara keempat-empat model iPhone 12, anda pasti keliru dan memerlukan panduan untuk mencari model manakah yang sesuai untuk anda beli.

    Tahun ini, siri iPhone 12 terdiri daripada iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Max. Anda boleh menyemak spesifikasi penuh disini. Sebelum memulakan langkah untuk melihat faktor yang dapat membantu anda memilih model iPhone yang sesuai, anda perlu mengetahui dahulu perbezaan asas di antara keempat-empat model iPhone 12 seperti di bawah.

    SpesifikasiiPhone 12 miniiPhone 12iPhone 12 ProiPhone 12 Pro Max
    CipA14 BionicA14 BionicA14 BionicA14 Bionic
    Jenis skrinOLED Super Retina XDROLED Super Retina XDROLED Super Retina XDROLED Super Retina XDR
    Saiz/Resolusi skrin5.4 inci/2340×1080 piksel6.1 inci/2532×1170 piksel6.1 inci/2532×1170 piksel6.7 inci/2778×1284 piksel
    Berat133g162g187g226g
    Kamera UtamaDua kamera

    Lebar: 12MP f/1.6
    Ultra Lebar: 12MP f/2.4 120 degree
    Dua kamera

    Lebar: 12MP f/1.6
    Ultra Lebar: 12MP f/2.4 120 degree
    Tiga kamera

    Lebar: 12MP f/1.6
    Ultra Lebar: 12MP f/2.4 120 degree
    Telefoto: 12MP f/2.0
    Tiga kamera

    Lebar: 12MP f/1.6
    Ultra Lebar: 12MP f/2.4 120 degree
    Telefoto: 12MP f/2.2
    Kamera swafoto12MP f/2.212MP f/2.212MP f/2.212MP f/2.2
    Sensor LiDARTiadaTiadaAdaAda
    Ciri penstabilanPenstabilan imej optikal OIS (lensa lebar)Penstabilan imej optikal OIS (lensa lebar)Dua penstabilan imej optikal OIS (lensa lebar dan telefoto)Dua penstabilan imej optikal OIS (lensa lebar dan telefoto)

    Penstabilan imej optikal Sensor-shift (lensa lebar)
    Ciri rakamanHDR dengan sokongan Dolby Vision sehingga 30 fps

    4K pada 24 fps, 30 fps atau 60 fps

    1080p HD pada 30 fps atau 60 fps

    720p HD pada 30 fps
    HDR dengan sokongan Dolby Vision sehingga 30 fps

    4K pada 24 fps, 30 fps atau 60 fps

    1080p HD pada 30 fps atau 60 fps

    720p HD pada 30 fps
    HDR dengan sokongan Dolby Vision sehingga 60 fps

    4K pada 24 fps, 30 fps atau 60 fps

    1080p HD pada 30 fps atau 60 fps

    720p HD pada 30 fps
    HDR dengan sokongan Dolby Vision sehingga 60 fps

    4K pada 24 fps, 30 fps atau 60 fps

    1080p HD pada 30 fps atau 60 fps

    720p HD pada 30 fps
    ZumZum optikal keluar 2x, zum digital 5xZum optikal keluar 2x, zum digital 5xZum optikal keluar 2x, zum optikal ke dalam 2x, julat zum optikal 4x, zum digital 10xZum optikal keluar 2x, zum optikal ke dalam 2.5x, julat zum optikal 5x, zum digital 12x

    Harga siri iPhone 12:

    • iPhone 12 mini – RM3399 (64GB) | RM3599 (128GB) |RM4099 (256GB)
    • iPhone 12 – RM3899 (64GB) | RM4099 (128GB) | RM4599 (256GB)
    • iPhone 12 Pro – RM4899 (128GB) | RM5399 (256GB) | RM6299 (512GB)
    • iPhone 12 Pro Max- RM5299 (128GB) | RM5799 (256GB) | RM6699 (512GB)

    Fokus Penggunaan

    Untuk memilih model iPhone 12 yang sesuai untuk anda, kriteria pertama yang perlu dipertimbangkan adalah fokus penggunaan anda. Kami pernah memberitahu mengenai fokus penggunaan sebagai salah satu kesilapan dalam membeli telefon pintar. Jadi, anda perlu mengenali fokus penggunaan anda agar tidak terjebak dalam memilih peranti dengan spesifikasi yang anda tidak akan guna.

    Jika anda juga mementingkan ciri fotografi dan video, anda mungkin boleh memilih di antara iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max kerana kedua-dua model ini memiliki ciri kamera yang lebih baik daripada dua model iPhone yang lain dengan lensa telefoto dan pengesan LiDAR. Pengesan LiDAR menghasilkan gambar dan video yang lebih cantik dalam keadaan gelap atau keadaan kurang cahaya. Jika anda lebih menyukai fotografi berbanding rakaman video, anda boleh memilih iPhone 12 Pro kerana ia bakal hadir dengan ciri Apple ProRAW yang membenarkan kerja pengeditan gambar anda menjadi lebih berkuasa.

    Gambar dalam keadaan kurang cahaya pada waktu malam dengan sensor LiDAR
    Bakal diumum kelak
    Sensor-shift pada iPhone 12 Pro Max membuatkan butiran dan warna yang cantik walau dalam keadaan bergegar

    Untuk videographer, selera anda pasti puas dengan iPhone 12 Pro Max kerana ia mempunyai tambahan ciri penstabilan Sensor-shift pada lensa lebar yang dikatakan boleh menghasilkan video yang berkualiti dan lebih stabil. Selain itu, iPhone 12 Pro Max memiliki 10-bit Dolby Vision, kualiti video yang lebih baik dari HDR10. Anda boleh membaca pandangan lengkap kami tentang naik taraf penting pada kamera siri iPhone 12 yang dianggap padu.

    Untuk pengguna kasual yang hanya mementingkan penggunaaan harian biasa, iPhone 12 mini atau iPhone 12 mungkin sesuai untuk anda. Penggunaan harian pada takrif kami adalah melibatkan penggunaan laman media sosial, hiburan dan gaming yang tidak intensif sehingga 7 jam tanpa henti.

    Jika anda gemar menonton filem di telefon pintar pada kadar penggunaan kerap, kami sarankan untuk anda memilih iPhone 12 dengan saiz skrin yang lebih besar 6.1 inci berbanding iPhone 12 mini 5.4 inci. Menonton filem pada skrin 5.4 inci seperti tidak cukup memuaskan pada pandangan kami. Apa pun, tepuk dada tanya selera. Mungkin mata kami tidak selesa, tetapi anda selesa menonton filem dengan skrin 5.4 inci.

    Sebenarnya, jika anda adalah pengguna kasual tetapi masih ingin memiliki ciri kamera tambahan, anda boleh memilih iPhone 12 Pro atau Pro Max juga. Namun, perlu diingatkan bahawa pengguna kasual biasanya tidak akan menggunakan keseluruhan ciri kamera atau rakaman video yang ada pada iPhone varian yang lebih tinggi. Anda hanya melakukan pembaziran wang sahaja, tetapi jika wang bukan jadi taruhan, beli mana-mana model pun tidak mengapa.

    Keselesaan dan Citarasa Anda

    Sudahkah anda tepuk dada dan tanya selera? Setelah meneliti fokus penggunaan anda, anda pastinya ingin menguatkan lagi kesahihan pilihan model iPhone 12 untuk anda. Kami sarankan anda mengambil kira kriteria keselesaan dan citarasa.

    Skrin 6.7 inci pada iPhone 12 Pro Max mungkin kelihatan sperti saiz skrin standard sahaja kerana sudah banyak telefon jenama lain di luar sana yang hadir dengan julat saiz ini. Namun, ada sesetengah pengguna yang tidak selesa dengan peranti bersaiz 6.7 inci. Jika anda tidak selesa dengan peranti bersaiz 6.7 inci, tetapi masih tidak ingin ketinggalan beberapa fungsi fotografi tambahan seperi pengesan LiDAR, anda boleh memilih iPhone 12 Pro dengan saiz skrin 6.1 inci.

    Jika anda pengguna kasual yang menggemari peranti bersaiz kecil, tidak lain tidak bukan iPhone 12 mini adalah untuk anda. Di antara iPhone 12 dan iPhone 12 mini, spesifikasinya sama sahaja, hanya saiz skrin yang berbeza. Jika anda pengguna kasual yang tidak selesa dengan peranti bersaiz kecil, anda boleh memilih iPhone 12 yang bersaiz 6.1 inci.

    iPhone 12 Pro 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci
    iPhone 12 mini 5.4 inci dan iPhone 12 6.1 inci
    iPhone 12 mini (kiri, iPhone 12 (kanan)
    iPhone 12 Pro (kiri), iPhone 12 Pro Max (kanan)

    Antara satu lagi perkara yang mungkin tidak menjadi masalah untuk sesetengah pengguna, tetapi boleh mempengaruhi keselesaan menggunakannya adalah berat. Anda boleh lihat pada jadual spesifikasi bahawa iPhone 12 Pro Max adalah model yang paling berat iaitu 226g. Namun, ia tidak menjadi masalah untuk penggemar fotografi dan video (mungkin terbiasa dengan kamera DSLR yang lebih berat). Jika anda tidak selesa menggunakan peranti yang berat, kami tidak menyarankan anda membeli iPhone 12 Pro Max.

    Jika saiz skrin mempengaruhi keselesaan pengguna, pilihan warna pula mempengaruhi citarasa pengguna. Untuk pengetahuan anda, warna iPhone 12 dan iPhone 12 mini adalah sama. Manakala warna iPhone 12 dan iPhone 12 Pro Max adalah sama. Pilihan warna adalah kriteria yang paling kecil dalam pandangan kami, namun masih penting.

    Kami pasti anda pernah mendengar tentang pengguna yang ingin membeli telefon varian murah, tetapi akhirnya membeli telefon yang lebih mahal oleh kerana pilihan warna yang lebih menepati citarasa. Jika wang tidak menjadi masalah, kami pasti anda akan tertarik dengan pilihan warna baharu premium seperti Pacific Blue dan Gold pada iPhone 12 Pro/Pro Max. Tidak dinafikan ada juga peminat yang tertarik dengan pilihan warna berjiwa muda seperti Green, Blue atau (PRODUCT) RED pada iPhone 12/mini.

    Jadi, mana satukah warna pilihan anda? Perlu kami ingatkan bahawa warna mungkin kriteria yang tidak seberapa penting jika ingin dibandingkan dengan kriteria fokus penggunaan dan keselesaan anda.

    Siapakah anda?

    Siapakah anda disini merujuk kepada apakah motif anda membeli siri iPhone 12? Kami telah membahagikan kepada empat kumpulan pengguna iaitu pengguna Android yang ingin bertukar ke iPhone sepenuhnya, pengguna iPhone 8 ke bawah, pengguna iPhone X ke atas dan pengguna yang ingin beli iPhone sebagai telefon kedua.

    Sama ada anda adalah pengguna Android yang ingin bertukar ke iPhone sepenuhnya, pengguna iPhone 8 ke bawah atau pengguna yang ingin beli iPhone sebagai telefon kedua, anda perlu tahu adakah anda memfokuskan kepada fotografi atau hanya sekadar pengguna biasa (fokus penggunaan). Adalah perlu untuk pengguna iPhone 8 ke bawah menaik taraf peranti mereka memandangkan prestasinya semakin berkurangan kerana cipnya tidak mampu lagi menampung perisian terkini, kecuali jika anda menggunakan iPhone anda sebagai telefon kedua.

    Gambar iPhone 11

    Biasanya, iPhone sebagai telefon kedua juga bergantung kepada fokus penggunaan. Jika iPhone anda digunakan untuk fungsi fotografi, anda boleh mendapatkan iPhone 12 Pro/Pro Max, manakala jika telefon kedua anda hanya berfungsi untuk kegunaan biasa, iPhone 12/mini sudah memadai.

    Adakah anda mempunyai iPhone generasi terkini seperti siri iPhone 11 atau iPhone SE (2020)? Jika iPhone anda masih lagi berfungsi dengan baik, kami sarankan untuk anda menunggu iPhone 13 dengan spesifikasi yang lagi besar jurangnya dan lebih baik. Khabar angin mengenai OLED 120Hz sudah lama timbul, tetapi masih tidak hadir. Tidak mustahil jika ia akhirnya hadir pada iPhone 13. Reka bentuk siri iPhone 12 yang tidak banyak beza juga menjadi sebab kenapa anda perlu menunggu siri iPhone yang seterusnya.

    Kesimpulan

    Kami tidak mengulas kriteria lain seperti RAM atau bateri kerana kami masih tidak berpeluang untuk menguji prestasi siri iPhone 12 pada ketika ini. Fokus penggunaan, keselesaan dan citarasa sebenarnya mengetengahkan spesifikasi keempat-empat model iPhone 12. Apa yang kami nyatakan di atas adalah kriteria yang boleh membantu anda memilih model iPhone 12 yang sesuai untuk anda.

    Apa yang dinyatakan juga adalah dari sudut pandangan kami sahaja untuk membantu anda membuat pertimbangan. Jadi, kami mengalu-alukan ulasan dan pandangan di ruangan komen pada laman Facebook kami. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak juga artikel lepas mengenai siri iPhone 12 dan pilihan pengecas jenama lain yang disyorkan untuk pembeli siri iPhone 12 baru.

     

    Artikel Terkini

    Siri realme P1 Pro 5G dilancar: AMOLED 120Hz, bateri 5,000mAh, cas pantas 45W bermula...

    realme telah memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahannya yang terbaru di India iaitu siri realme P. Dua produk pertama dalam siri ini...

    Adakah anda masih boleh gunakan telefon atau peranti dengan versi Android lama? Ini yang...

    Pada waktu ini, kebanyakan jenama telefon pintar dengan sistem operasi Android menjanjikan tempoh kemas kini utama (major updates) selama sekurang-kurangnya dua tahun...

    X bakal kenakan ‘yuran kecil’ kepada pengguna baru untuk siarkan kandungan

    Platform media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, akan memperkenalkan yuran kecil untuk pengguna baharu, meliputi aktiviti seperti menyiarkan kandungan, menyukai,...

    Penerangan lanjut oleh Apple mengenai penghapusan emulator iGBA Game Boy

    Apple dengan pantas mengalih keluar emulator iGBA Game Boy daripada App Store iPhone kerana pelanggaran garis panduan semakan aplikasinya berkenaan isu spam...

    HUAWEI siri-P kini dijenamakan semula kepada ‘Pura’ selepas 12 tahun

    Awal hari ini dalam satu langkah yang mengejutkan, Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif BG Pengguna di HUAWEI Technologies mengumumkan bahawa syarikat itu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X