fbpx
More

    Pelan prabayar mudah alih terbaik untuk mereka yang ingin berjimat, setakat Julai 2023

    Julai 2023 merupakan bulan yang agak menarik untuk para peminat telefon pintar, di mana kita menyaksikan pelbagai telefon yang dilancar pada bulan ini. Produk yang paling menyerlah pastinya adalah telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip5 dan Samsung Galaxy Z Fold5, manakala telefon kelas pertengahan seperti HONOR 90 5G juga mendapat perhatian yang tinggi.

    Jika anda telah membeli telefon baharu pada bulan ini, pasti anda inginkan pelan telko yang paling sesuai dengan keperluan dan kehendak anda. Dalam artikel ini, kami akan senaraikan pelan prabayar terbaik setakat Julai 2023, untuk mereka yang ingin berjimat dan dapatkan sebanyak nilai yang mungkin daripada pelan prabayar mereka.

    Pelan prabayar bawah RM30 sebulan

    Untuk Julai 2023, tidak banyak yang berubah daripada pelan prabayar sedia ada yang ditawarkan oleh syarikat telko. Perubahan yang paling ketara adalah Maxis Hotlink yang menyusun semula pelan perabayar kepada pilihan ‘tanpa had’ atau ‘data berkelajuan tinggi’. Dalam kategori RM30 sebulan, pelan Hotlink yang berharga RM25 sebulan menawarkan data 20GB (sebelum ini 15GB).

    Selain Hotlink, Digi Prepaid menawarkan promosi Pakej Data Khas Belia yang ditawarkan kepada pelanggan berumur 12 ke 24 tahun. Ia memberikan data internet berkelajuan tinggi 15GB pada harga RM20 sebulan, serta akses tanpa had kepada media sosial, data bonus 5GB dan panggilan telefon tanpa had selama 12 bulan.

    Selain daripada dua pelan di atas, syarikat telko lain tidak menawarkan sebarang promosi untuk prabayar. Pada pendapat kami, promosi Digi itu adalah pelan yang paling berbaloi jika anda memenuhi syarat-syaratnya. Untuk mereka yang mengutamakan data tanpa had, boleh rujuk pada Yes Prepaid atau U Mobile Prepaid. Berikut adalah senarai pelan prabayar untuk bantu anda buat pilihan:

    Digi Prepaid NEXT 20 (RM20 sebulan) – Data berkelajuan tinggi 15GB, media sosial tanpa had (TikTok/Instagram/Twitter/Facebook), hotspot wayarles 1GB, tempoh penggunaan 30 hari, bonus data 5GB + panggilan telefon tanpa had (promosi masa terhad)

    Hotlink High-Speed Internet Plus (RM25 sebulan) – Data berkelajuan tinggi 20GB, panggilan telefon tanpa had, RM20 dengan pulangan tunai (cashback) sehingga 20%, penggunaan selama 30 hari

    Pakej Perpaduan Celcom | Digi | U Mobile (RM30) – Data 30GB @ 3Mbps, data berkumpulan (accumulative), penggunaan selama 180 hari

    U Mobile Prepaid U25 (RM25 sebulan) – Data 4G tanpa had @ 3Mbps, panggilan telefon tanpa had, penggunaan selama 30 hari

    Yes Prepaid FT5G Unlimited (RM30 sebulan) – Data 4G/5G tanpa had, tiada had kelajuan, panggilan telefon tanpa had, hotspot wayarles 12GB, penggunaan selama 30 hari

    Yoodo Makcik Bawang (RM26 sebulan) – Data berkelajuan tinggi 20GB, Facebook 20GB, WhatsApp 20GB, penggunaan selama 30 hari

    Pelan prabayar bawah RM60 sebulan

    Seperti kategori di atas, Hotlink adalah satu-satunya syarikat yang menawarkan perubahan untuk kategori RM60 sebulan, manakala syarikat lain masih menawarkan pelan yang sama seperti sebelum ini.

    Satu cadangan kami ialah pelan Hotlink RM50 sebulan, yang menawarkan data tanpa had 12Mbps, panggilan telefon tanpa had serta data hotspot tanpa had. Anda juga boleh dapatkan data internet berkelajuan tinggi pada harga RM40 sebulan yang menawarkan data 40GB dan sedikit pulangan tunai.

    Berikut adalah senarai prabayar bawah RM60 untuk rujukan anda:

    Celcom Xpax Unlimited Internet (RM40 sebulan) – Data berkelajuan tinggi 10GB, internet tanpa had (@3Mbps), booster 5G, hotspot wayarles 3GB, panggilan telefon tanpa had, kredit Touch ‘n Go eWallet RM5, tambahan kuota 5GB untuk pendaftaran di kedai sahaja, penggunaan selama 30 hari

    Digi Prepaid NEXT 35 (RM35 sebulan) – Data berkelajuan tinggi 30GB, panggilan telefon tanpa had, media sosial tanpa had (TikTok/Instagram/Twitter/Facebook), hotspot wayarles 3GB, penggunaan selama 30 hari

    Hotlink Unlimited Plus (RM50 sebulan) – Internet tanpa had (@12Mbps, FUP 100GB), panggilan telefon tanpa had, hotspot tanpa had, RM40 dengan pulangan tunai 20%, penggunaan selama 30 hari

    Hotlink High-Speed Internet Plus (RM35 sebulan) – Data berkelajuan tinggi 40GB, panggilan telefon tanpa had, RM28 dengan pulangan tunai 20%, penggunaan selama 30 hari

    U Mobile Prepaid U40 (RM40 sebulan) – Data 4G/5G dengan kelajuan tanpa had pada hari minggu, 4G tanpa had @6Mbps, panggilan telefon tanpa had, hotspot wayarles tanpa had, penggunaan selama 30 hari

    Uni5G Prepaid Monthly Unlimited (RM35 sebulan) – Data 4G/5G tanpa had, panggilan telefon tanpa had, data hotspot wayarles 5GB, pulangan tunai RM5 (promo)

    Yoodo Kepochi (RM51 sebulan) – Data berkelajuan tinggi 40GB, Facebook 20GB, 20GB WhatsApp, panggilan telefon 100 minit, tempoh penggunaan selama 30 hari

    Pada pendapat kami, tindakan Hotlink untuk menggabungkan beberapa pilihan prabayar adalah tindakan yang bagus. Pada masa yang sama, ini juga bermaksud mereka yang gemar mengutamakan beberapa aktiviti tertentu, seperti media sosial atau streaming, tidak lagi menerima faedah yang spesifik untuk mereka.

    Kami berharap senarai ini akan membantu anda membuat pilihan terbaik. Jika anda lebih berminat dengan pelan pascabayar, kami juga telah menyediakan senarai yang serupa untuk kemudahan anda. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana pelan prabayar di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Diterjemahkan daripada TechNave]

     

    Artikel Terkini

    Jepun turut sasarkan Apple untuk amalan antitrust

    Selepas Suruhanjaya Eropah (EU) memaksa Apple membuka platform iOS untuk kedai aplikasi pihak ketiga di EU, negara lain turut sedang menyiasat Apple...

    WhatsApp Web akan bawa kemas kini dengan bar sisi baharu

    WhatsApp sentiasa menyegarkan antara mukanya untuk melibatkan pengguna dengan kemas kini terkini memfokuskan pada meningkatkan perkongsian media dan navigasi. WhatsApp Web sedang...

    Pembayaran parkir tanpa tunai akan dilaksanakan di Seremban dan Nilai mulai 2 Mei ini

    Bermula 2 Mei ini, Majlis Bandaraya Seremban akan melaksanakan caj parkir tanpa tunai di pelbagai kawasan di bawah bidang kuasanya di Nilai...

    Siri realme P1 Pro 5G dilancar: AMOLED 120Hz, bateri 5,000mAh, cas pantas 45W bermula...

    realme telah memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahannya yang terbaru di India iaitu siri realme P. Dua produk pertama dalam siri ini...

    Adakah anda masih boleh gunakan telefon atau peranti dengan versi Android lama? Ini yang...

    Pada waktu ini, kebanyakan jenama telefon pintar dengan sistem operasi Android menjanjikan tempoh kemas kini utama (major updates) selama sekurang-kurangnya dua tahun...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X